Puding roti sedap tanpa sos kastard


Biasanya kalau buat puding roti, budak-budak kat rumah ni kurang minat sikit nak makan. Tapi bila buat menggunakan resipi yang satu ni, cepat pulak laku puding roti yang ni.

Sedap la tu kan....

Lagi pulak puding roti ni tak cerewet sangat nak memakannya. Boleh dimakan begitu sahaja... Secukup rasa di tekak kami.

Cumanya versi yang saya buat ni tak letak kismis mahupun serbuk kayu manis. Even tak letak kedua bahan tu rasa puding ni dah ok kesedapannya.


Bukan nak memuji... cuma nak menzahirkan apa yang dirasa aje kan. Mungkin di tekak orang lain , lebih menyukai puding roti versi berkuah atau bersos kastard.

Saya ?

Mana-mana pun ok, baik yang bersos mahupun yang "naked" begini sahaja. Bila buat puding yang satu ni jimat masa tak perlu nak buat sos bagai, time nak makan pun tak payah nak kalut siram sos dah, ngap je terus ... kannnn???


Ok la cam biasa saya perpanjangkan pulak resipi puding roti ni disini. Thanks pada puan yang empunya resipi asal puding roti ni ya. 

Puding Roti Nur Qaseh
Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 keping roti Gardenia - potong cube
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula kaster
1 sudu besar mentega
1/4 sudu kecil garam
2-3 biji telur - pukul ringan
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis

Cara cara:
1. Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolehlah diangkat. Masukkan roti dan kacau rata supaya ianya terendam.
2. Masukkan mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak.
3. Akhir sekali, masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Jika suka, masukkan sedikit kismis dan serbuk kulit kayu manis.
4. Tuang ke dalam loyang saiz 8" yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Masukkan loyang ke dalam bekas besar yang diisi dengan air panas untuk membakar secara steam bath.
5. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit hingga 1 jam. Sedia untuk dihidangkan.



Nota Jejari : memang ada kelainannya... sedap!!

No comments:

Post a Comment