Hati2 : Berus dari bulu khinzir


Rasanya ramai antara kita memang prihatin untuk mencari berus basuh botol susu anak dari bahan sintetik . Tapi mungkin kerana terburu-buru atau tulisan pada packaging berus terbabit terlindung atau tulisannya dalam bahasa selain dari bahasa melayu atau inggeris kita terlepas pandang.

Seperti contoh kejadian yang di kongsi di laman facebook di bawah ( sumber oh media)


Perhatikan dibahagian material/bahan yang digunakan di tutup dengan marker. Yang tertera hanya la tulisan dalam bahasa sepanyol sahaja.


Not sure la kan kalau memang kedai yang dimaksudkan tu secara sengaja berbuat sebegitu.  Tapi sebagai pengguna kena ambil usaha sikit la untuk mencari apa sebenarnya bahan yang digunakan. If tulisan material yang digunakan tertutup dek tanda harga atau segaja ditutup dengan marker rasanya tak salah kalau kita bertanya pada penjual apa bahan yang digunakan.

Sekiranya tidak mendapat jawapan dari penjual dan kebetulan ada tulisan  bahan yang digunakan dalam bahasa lain , kita boleh guna google translet .


Tapi kalau usaha mendapatkan maksud perkataan tersebut juga gagal dan dengan keterbatasan ilmu kita untuk membezakan antara bulu sintetik atau bulu binatang, seeloknya kita usaha la cari berus dari jenama lain yang lebih meyakinkn dari segi ketelusan bahan yang digunakan.

Tapi kalau memang dah terang-terangan terpampang di bahagian material yang digunakan tu sumber bulu yang digunakan itu dari bulu b*** ( tulisan yang memang mudah difahami) , sah-sah la tanpa berlengah lagi kita akan cari berus dari jenama yang lain kan...


So berhati-hati dan teliti jangan main rembat aje.. halal haram ni bukan berkisar pada produk makanan je kan..

Nota Jejari : elak ambil produk yang tidak berbungkus dan tiada penerangan bahan yang digunakan

No comments:

Post a Comment