Homemade Pizza Ayam


Dah agak lama tak buat pizza sendiri . Bukan kerana malas nak menguli doh pizza . Cumanya kami dalam proses mencuba untuk mengurangkan makan sosej.

Ok tu cuma satu lagi alasan ciptaan sendiri. Padahal bukan tak boleh buat pizza tanpa letak sosej pun kan. Dan sememangnya tak de wujud pun syarat kata pizza wajib letak sosej. Kalau mahu letak je la apa-apa pun ikan bilis, sardin, daging, isi ayam, sate, serunding, dan kalau suka buat pizza sayuran pun boleh juga.


Actually pizza ni pun bukan guna resipi doh khusus untuk  pizza base pun. Kebetulan masa buat roti manis, ada mulut comel yang berbunyi "lama.dah mama tak buat pizza". Makanya dari adunan roti manis tu saya just cilok sikit untuk dijadikan base pizza.


So pizza ni base dia lembut gebu macam roti manis tu la jugak.

Untuk topping pulak saya cuma sapukan sos cili + sos tomato then tabur isi ayam (yang telah digoreng bersama bawang putih , bawang besar dan lada hitam), sosej , lada benggala, mayonis, ceddar cheese dan keju mozarella.


Nota Jejari : Buat sendiri pizza kurang sikit rasa bersalah . Klau fast food (pizza) tah apa bahan yg diguna sbb kekadang lps makan terasa pening kepala dibuatnya...

No comments:

Post a Comment