Hukum solat pakai telekung lycra


Trend sekarang bila ada yang menjadi pelopor mengeluarkan telekung lycra maka akan ramai jugak la yang akan jadi copycat mengeluarkan dan menjual telekung lycra jugak. Bila ada retis yang menjàdi "duta" tanpa dilantik dan retis menjadi model untuk melaku laris ditambah pulak sebaran artikel tentang tidak wajib telekung berwarna putih ( means telekung solat boleh berwarna merah, biru hijau dll) maka cepat la sesuatu produk itu menjadi trend dan pemakaiannya mula menular .

Semakin banyak permintaan semakin ianya menjadi trend dan tak pelik pengeluar telekung lycra juga tumbuh bak cendawan. Mana yang tahu hukum akan memilih material yang agak tebal dan "kurang" melekap dibadan , mana yang sekadar ikut trend ( samaada penjual atau pembeli) tidak kisah menggunakan material lycra yang agak nipis dan melekap.

Bila dah agak lama telekung lycra ni berada di pasaran baru sekarang la ada yang prihatin tentang hukum solat memakai telekung dari jenis material lycra ni.


Bagus la tu kan... at least ada yang prihatin dan kita-kita yang selama ni tak kisah tentang hukum paling tidak kita dapat suatu ilmu yang baru.

So apa hukum solat memakai telekung lycra?

Hukum wanita solat dengan memakai Lycra.
- Secara umum hukum solat wanita yg memakai Lycra adalah SAH.
- Cuma jika ia melekat pada tubuh maka hukumnya adalah seperti berikut:
1- Makruh dan sah solat jika dia solat berseorangan atau bersama-sama dengan jemaah wanita.
2- Haram dan sah solat jika dia solat di hadapan lelaki yg bukan mahram.
3- Jika telekung Lycra tersebut jarang hingga menampakkan kulit tubuh atau aurat secara jelas (bukan bayang tau..!!) maka hukum memakainya adalah haram dan solat tidak sah....

Sumber : FB Ustaz Dr.Mohd Izhar Ariff

Nota Jejari : So pada yang dah ada telekung lycra tu seeloknya pakai je la di rumah waktu solat sendiri...

No comments:

Post a Comment