Jus Daun Betik Rawat Denggi


Jus daun betik boleh dikatakan antara rawatan alternatif untuk rawat denggi tapi bukan bermaksud korang yang terkena denggi boleh bergantung sepenuhnya dengan rawatan yang satu ni ya.

Tapi ikut pada pengalaman jus betik ni memang membantu . Macam anak saya baru2 ni suspect kena denggi dengan demam panas suhu 39 susah nak turun, kesan gigitan nyamuk merata kat badan, muntah 3 hingga 4 kali dalam satu hari ( sehari je pun muntah2nya) badan lembik tak macam biasa ( biasa demam ada jugak nak main2 kali ni lembik terus) pastu bacaan platelet rendah.


Tapi bacaan platelet rendah tak la boleh terus dikaitkan dengan denggi kan. Cuma suspect aje. Bila bacaan platelet darah rendah memang kitaorang cuba bagi jus betik ni la. Sempat bagi 1 sudu kecil jus betik, sekali je pun bagi terus bacaan platelet keesokan harinya naik ke 250 ( hari sebelum bacaan platelet 143 iaitu bawah paras normal).

Sebab dia cuma suspect dan memang doktor sahkan bukan denggi kena la makesure bacaan platelet dia tak turun semula kan.

Cumanya if korang atau keluarga terdekat korang ada yang di suspect terkena denggi rasanya boleh cuba jus betik ni. Nak membuatnya pun tak susah mana.




Nota Jejari : pahit itu ubat...

No comments:

Post a Comment