Kari Ikan Kembung Tanpa Santan


Camni la gayanya bila tetiba nak makan kari tapi tak de stok santan kat rumah. Nak guna susu pulak bukan kebiasaan dan memang tak pernah cuba gantikan penggunaan santan dengan susu pun.

Kari tanpa santan?

Pernah beberapa kali buat kari tanpa santan. Bila dah agak kerap membuatnya tu maknanya tekak kami ni boleh terima la kari begini.


Tapi tak la kerap mana membuatnya, lagipulak bukan peminat kari tegar. Antara kari letak santan dan kari tanpa santan , kitaorang lebih prefer kari bersantan.

Pernah terbaca artikel yang mengatakan santan itu kurang elok untuk diambil. Tapi pernah jugak baca artikel yang mempersoalkan "orang dulu2" kerap mengambil makanan bersantan tapi tiada masalah kesihatan seperti yg digembar gemburkan yg santan mengundang certain penyakit. Ikutkan VCO (minyak kelapa dara) juga berasal dari kelapa sama seperti santan. So pada saya apa jua yang ingin kita ambil biarlah bersederhana.

Ok la untuk resipi kari ikan kembung tanpa santan saya letak dibawah ni untuk rujukan kalian yang teringin mencuba.

Kari Ikan Kembung
Resepi : MasDuniaku

Bahan :

6 ekor ikan kembung - ikan lain pun boleh
1 labu bawang besar - ditumbuk @ dikisar
3 ulas bawang merah - ditumbuk @ dikisar
5 ulas bawang putih - ditumbuk @ dikisar
1 inci halia - ditumbuk @ dikisar
3 sudu makan serbuk rempah kari - gaul dengan sedikit air
1 sudu makan serbuk cili - optional
1 sudu besar asam jawa - dibancuh dgn air panas, utk dptkan pes yg pekat
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1/2 kiub ikan bilis
1 tangkai daun kari secukupnya
2 biji tomatobendi @ terung jika suka

Cara memasak :

1. Tumis bahan tumbuk @ kisar dan daun kari hingga wangi.
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air tadi. Sentiasa kacau hingga pecah minyak dan garing sedikit dengan api perlahan..langkah ini penting untuk dapatkan kari yang sedapppp.....jika pes kelihatan kering semasa mengacau, boleh tambah minyak sedikit2 dan terus kacau hingga pes kari pecah minyak...
3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
4. Masukkan kuib ikan bilis, air asam jawa secukup rasa, sedikit garam dan gula secukupnya...
5. sebatikan dan masukkan ikan, tomato , terung atau bendi.
6. Biarkan seketika dan kacau perlahan yerk supaya ikan tak hancur...
Sesuaikan rasanya kemudian kacau seketika, bolehlah diangkat.

Nota Jejari : suka masakan yang bersantan

No comments:

Post a Comment