Roti Kaya Goreng Salut Tepung


Assalammualaikum...

Sarapan apa hari ni???

Klau agak-agak tak de idea nak masak apa untuk sarapan atau minum petang ... boleh la buat roti lapis kaya yang digoreng dengan salutan tepung ni


Sedap!!!!

Garing/rangup diluar lembut didalam...

Nak membuatnya pun mudah sahaja. At least bila buat camni lari la sikit dari kebiasaan makan roti lapis kaya tu kan. Agak-agak klau tak suka nak sapu kaya boleh je tukar dengan inti sardin ke, inti sambal okan bilis ke, tak pun biar kosong macam tu sahaja pun boleh aje...

RESEPI ROTI GORENG RANGUP
Sumber : HaSue@myresipi.com

Bahan-bahan:
8 keping roti Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula.
2. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
3. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
4. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
5. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.

Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.


Nota Jejari : hujan2 perut asyik la minta disi

2 comments:

  1. Waalaikummussalam.
    Kreatif betul. Mesti kenyang kan? Petang tadi buat sandwich bakar.. bakar dalam sandwich maker letrik tu.
    kerak tepi roti digunting buang.. eh tak buang.. lepas tu goreng celup telur.

    Jom baca blog saya jom www.ruzanaibs.com.

    ReplyDelete
  2. Kabar gembira untuk kamu yang memiliki produk sandwich sebagai menu Andalan. Kini hadir Packaging Makanan yang menyediakan tipe terbarunya 1C-1111 yang didesain khusus untuk makanan apapun baik berminyak ataupun berkuah tidak masalah. Sangat Praktis digunakan.

    ReplyDelete