Waffle ranggup crispy


Dah lama tak buat waffle..kesian kat waffle maker tersimpan dalam box berkurun tak digunakan.

Haish rasa bersalah yang amat la pulak ngan gajet2 membaking yang tak digunakan...bukan rasa bersalah dekat gajet/mesin yang tak bernyawa tu tapi rasa bersalah dengan cik suami yang sanggup keluar bajet tuk wife dia memiliki mesin2 tu semua, rasa bersalah kat anak2 yang cuma dapat tengok oven , mixer ( handmixer & standmixer), waffle maker, sandwich maker, toastter, breadmaker etc etc etc....

Ada tak korang-korang yang sama situasi camni?
Ada je barang dapur yang korang jarang yang amat guna?
Barang yang cuma jd hiasan atau tersimpan je tak digunakan?

Masa teringin nak beli selagi tak beli asyik teringat2 je nak beli tapi bila dah miliki dipandang sepi , jaramg sekali diguna pakai......


Itu bab barang/gajet/mesin kegunaan di dapur. Belum masuk bab resipi lagi. Asal terserempak dengan resipi baru yang menarik dan nampak sedap untuk dicuba..mula la bookmark la, print la, save la, salin la..membuatnya tah bila baru terbuat...

Even resipi waffle rangup yang satu ni pun dah lama di bookmark tapi tak jugak terbuat2..


Bila dah terbuat .. terpikat pulak la dengan resipi yang satu ni..bila dah terpikat tu faham-faham aje la kan pasti akan ada sesi ulangan me'waffle'. Terutama bila ada mulut-mulut kecil dan comel yang request lagi la rajin nak.mengulang buat lagi dan lagi.

Even tiada susu segar pun belasah susu cair aje pun waffle tetap rangup. 2 gambar waffle kat atas hasil menggunakan susu segar dan gambar dibawah ni pulak hasil menggunakan susu cair.


Tapi rasanya bukan faktor adunan waffle semata yang menentukan waffle tu rangup atau tidak. Teknik memasak waffle tu jugak sedikit sebanyak mempengaruhi jugak selain dari jenis wafle maker yang digunakan.

ok la pada yang suka makan waffle dan ada wafle maker boleh la cuba resipi di bawah ni ya.

CRISPY WAFFLES
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1 biji telur A
1 cawan tepung serbaguna/gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu segar
1/2 cawan butter yg dicairkan
1 1/2 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil vanila

Cara:
Panaskan waffle maker.
Ayak tepung bersama baking powder.
Pukul telur hingga betul-betul kembang.
Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
Apabila waffle maker dah panas, masukkan sesenduk adunan/batter dan ratakan.
Tutup penutup waffle maker dan masak sehingga waffle masak (golden brown/keemasan)
Hidangkan panas bersama jem atau madu atau juga bersama aiskrim mengikut kesukaan masing-masing.

Nota Jejari : Bila malas menguasai resipi mudah pun tak terbuat...

No comments:

Post a Comment