Banjir 2014 : Jalan ditutup kepada kenderaan


Banjir tahun 2014 boleh dikatakan teruk. Bila berjauhan dengan orang yang tersayang ditambah pulak yang tersayang tu berada dikawasan yang terlibat banjir lagi la rasa sayu dan risau. Sesiapa pun  dalam situasi sebegini kalau boleh nak pergi melihat, menghulur bantuan tapi bila memikirkan banyak jalan utama yang sudah pun tidak boleh dilalui bertambah-tambah la risau dihati.


Sedangkan kami yang tidk terlibat banjir tapi bila mendapat perkhabaran ada jalan-jalan tertentu yng menghubungkan antara tempat kami tinggal dengan bandar terdekat sudah tidak boleh dilalui hati dah gundah gulana . Apatah lagi mereka-mereka yang berada ditempat bencana , terperangkap dek kerana banjir , usahkan kata nak keluar ke tempat yang lebih selamat , bantuan dan pasukan penyelamat nak ke tempat mereka pun penuh halangan dengan arus deras , air tinggi serta dalam dan merbahaya.

Semoga mereka-mereka yang terlibat dengan bencana banjir 2014 walau dimana pun mereka berada didoakan mereka semua dilindungi Allah...Amin...

Ok la pada yang nak balik ke kampung/rumah nak lihat rumah ke atau nak jenguk orang tua atau apa sahaja sebab tapi tak tahu kat mana nak dapatkan  info berkaitan jalan-jalan yang ditutup disebabkan banjir, tanah mendap atau tanah runtuh boleh ke laman web bencana alam di link dibawah

bencanaalam.jkr.gov.my

Atau boleh juga hubungi bilik gerakan banjir negeri ( Pahang , Kelantan , Terengganu , Perak)




Nota Jejari : Anak ada dikampung tak lepas balik sebab banyak jalan dinaiki air...RISAU !!!

No comments:

Post a Comment