Roti Goreng Rangup Tabur Cheese dan choc rice


Anak bujang kat rumah ni asyik la minta goreng pisang cheese special. Dah tak de stok pisang kat rumah mamanya buat kan Roti goreng rangup dengan taburan parutan cheese dan coklat rice je:


Ditekak kami sedap jugak gabungan roti ( lapis kaya ) goreng rangup dengan taburan parutan cheese dan coklat rice ni. Rasanya kalau tukar coklat rice dengan coklat cair/ topping chocolate pun best jugak. Pasni boleh ulang buat lagi.

Pada yang nak tahu bagaimana rasa gabungan roti goreng dengan parutan cheese boleh la buat sendiri. Resipi untuk roti goreng rangup seperti dibawah:

Roti Goreng Rangup
Sumber Asal:Hasue

Bahan :

8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nk bagi perasa tp nk bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning

Cara :
1. Di dalam bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg senang)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.

Nota Jejari : apa lagi ya makanan yang sesuai nak ditabur parutan cheese (^_^)

No comments:

Post a Comment