Apam Nasi Coklat


Assalammualaikum,..

Lama dibiar blog ni bersawang kan. Kalau nak diikutkan seribu satu alasan boleh di beri sebab musabab blog ini terbiar sepi. Tak perlu nak salahkan atau cari penyebab luaran , pokok pangkalnya diri sendiri yang tak mencuba cari peluang untuk update. Bila difikir-fikirkan sayang jugak nak biar blog ni sepi tanpa sebarang update. Manakan tidak blog ni kalau check markah SEO di satu web tu boleh tahan tinggi jugak la result SEO blog ni. Tapi walau setinggi mana markah SEO tak guna jugak jika admin blog tak belajar camna nak guna teknik-teknik SEO tu semua.

Ok lah story panjang manjang hal tak berkaitan bosan jugakkan. So pe kata kita tengok hasil "menderhaka" resipi apam nasi kat bawah ni:


Gatal tangan sesaje letak serbuk koko dalam adunan Apam Nasi , so far ok la kot hasil gabungan apam nasi dan serbuk koko ni. Lagi pun tak letak banyak sangat, warna pun just light coklat je, Makanya rasanya pun tak de la rasa apam coklat sangat.


Bagi yang kurang familiar dengan resipi apam nasi, kat bawah ni saya tepek semula resipi yang biasa saya guna.

Apam Nasi :
Sumber : FB Sabrina Khan



Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula atau ikut kemanisan yang diingini - ganti dengan gula melaka
2 cawan tepubg gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 sudu makan yis

Cara membuatnya:
1. Blend nasi , air dan gula hingga nasi hancur
2. Satukan bahan-bahan lain dalam bekas kemudian curahkan campuran nasi+air+gula tadi
3. Sebatikan dan perap selama 3 jam.
4. Panaskan kukusan
5. Kacau dahulu adunan sebelum diletak ke dalam acuan yang telah disapu dengan minyak terlebih dahulu.
6. Kukus adunan selama 20 minit atau sehingga masak.


Nota Jejari : Pasni nak buat apam nasi perisa apa pulak eik??? 

No comments:

Post a Comment