Apam Nasi Sejuk


Dah banyak kali buat tapi tetap tak jemu ulang buat lagi dan lagi dan lagi. Malah dah cuba variasikan Apam Nasi Sejuk ni dengan tambahan serbuk koko dan ada juga saya gantikan penggunaan gula pasir dengan gula kabung.

Setiap kali buat memang ianya dimakan begitu sahaja tanpa kelapa parut.


Untuk membuat Apam Nasi Sejuk ni, penyediaan bahan dan cara membuatnya tak de la susah mana. Cuma adunan apam ini perlu diperap untuk tempoh yang agak lama. Kalau mengikut resipi asal, adunan apam perlu diperap selama 3 jam.

So resipi ni bukan lah pilihan jika mahukan kuih yang cepat dan mudah untuk disediakan. Melainkan korang memang dah rancang awal untuk membuatnya, tak de masalah. Jika inginkan ianya dimakan di waktu petang sedang elok la adunan dibancuh pada waktu tengahhari. Tu kalau nak ikut betul-betul seperti dalam resipi.


Jika tak nak tunggu lama-lama dan memang teringin dan tak sabar sangat nak menikmati Apam Nasi hasil air tangan sendiri, boleh sahaja redah dengan memerap adunan untuk tempoh sejam sahaja. Yang penting adunan dah naik sekali ganda dari sebelumnya.

ok lah pada yang nak resipi saya letak sekali lagi dibawah ni:

Apam Nasi Sejuk
Sumber Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan nasi sejuk
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras*
1 cawan tepung gandum*(*gaul dan ayak)
1 camca teh yis

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast. Kacau rata dan ketepikan.
2. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir hingga halus.
3. Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin.
4. Bungkus mangkuk dengan plastik dan perap 3 jam.
5. Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak.
6. Kacau bancuhan apam.
7. Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
8. Kukus dengan api kuat selama 15 minit, balut tutup kukus anda dengan kitchen towel yang bersih (tuala 'good morning').
9. Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan.

Nota Jejari : lebih suka apam nasi warna putih dari berwarna 

No comments:

Post a Comment