Ayam Goreng BerNenas


Sesekali goreng ayam bersama nenas macam ni, feedback dari anak-anak cukup positif.


Sedap!!!

Sampai minta masakkan menu ayam goreng nenas ni lagi. Cumanya kat rumah ni jarang yang amat beli nenas. So kalau nak ulang masak menu ni lagi perlu rancang dari awal.

Padahalnya mamanya cukup suka makan nanas. Nak membeli dan mengupas nenas tu yang kurang suka sebenarnya. Lagi sanggup beli nenas yang siap dipotong bila teringin nak makan.




Ok la bagi yang teringin nak cuba menu ayam goreng nenas ni , dibawah saya sertakan resipinya.

AYAM GORENG BERNENAS

Bahan-bahan
minyak masak
ayam (lebih kurang 500gm)
1 batang serai - dititik
1 biji bawang besar - dipotong baji
2 biji tomato - dibelah 4
1/4 nenas - dikupas, dibuang empulur dan dipotong dadu
1 batang cili merah - dihiris
2 helai daun limau purut - disiat2
garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis
2 sudu besar cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

1.Satukan semua bahan tumis didalam pengisar dan kisar hingga halus
2. Panaskan minyak masak dlm kuali . Goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan 2 sudu besar minyak dlm kuali dan panaskan semula. Tumis bahan tumis dengan serai sehingga harum.
4. Masukkan bawang besar, tomato, nanas, cili merah, daun limau purut dan ayam. Goreng dan kacau hingga sebati. Perasakan secukupnyer dgn garam dan gula jika perlu.

Nota Jejari : jika suka boleh tambah sos cili dan sos tomato

No comments:

Post a Comment