Cekodok Pisang Kembung Kak Besah


Glamor jugak resipi cekodok pisang yang di kongsi oleh Cik Puan yang menggunakan nama Kak Besah di portal MyResipi . Rata-rata ramai blogger yang dah perpanjangkan resipi ini di blog mereka. Di sebabkan resipi ni punya populariti yang tersendiri , datang keinginan mencuba untuk dijadikan hidangan minum petang kami.

Kalau nak diikutkan tekak kami ni jenis tekak orang kampung yang sukakan versi cekodok pisang simple yang cuma memerlukan bahan basic seperti pisang, tepung, sedikit garam dan sedikit gula ( jika suka boleh letak kelapa parut). Tapi disebabkan inginkan kelainan dari biasa , so saya berkeputusan untuk mencuba resipi yang satu ini.

Kelainan resipi ni terletak pada bahan tambahan iaitu sodabikarbonat, baking powder dan juga susu tepung. Hasil cekodok pisang yang menggunakan resipi ini juga berbeza dimana ianya lebih bulat , kembung dan rasanya serta teksturenya juga berbeza disebabkan faktor penggunaan baking powder dan sodabikarbonat.


Alhamdulillah budak-budak kat rumah ni suka dengan cekodok versi kembung ni. Lepas ni boleh la diulang buat .

Kepada yang turut ingin mencuba resipi Cekodok Pisang Kembung Kak Besah, resipinya seperti dibawah:

CEKODOK PISANG KEMBUNG
Resipi dari : KakBesah @ Myresipi

BAHAN-BAHAN
2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu besar)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Cara membuatnya
1. Di dalam mangkuk, campur pisang lenyek bersama gula & garam.gaul biar gula larut.
2. Ayak soda bicarbonate dan baking powder dengan penapis teh ke dalam campuran pisang. Gaul rata-rata. Kemudian masukkan susu dan tepung. Tambah sedikit lagi tepung jika adunan masih lembik.
3. Panaskan minyak yang banyak, lalu jemput-jemputkan adunan bulat-bulat kedalamnya. Goreng dengan api sederhana supaya dalam nya masak. Bila kulit luar nampak garing boleh lah diangkat.

Nota Jejari : Hujan-hujan layan cekodok pisang + teh o / kopi o best jugak kan...

No comments:

Post a Comment