Donut Gebu bertopping Coklat


Bila dah agak kerap buat donut, mula la ada mulut kecil yang berbunyi

" mama ni asyik-asyik buat donut.."

Erkk kerap sangat ke?

Actually tak de la kerap sangat cuma sebab kuih-kuih yang lain jarang amat dibuat makanya anak-anak pun mula la terasa mamanya asyik ulang buat donut je. Nak buat camna kan, donut ni antara kuih yang mudah nak dibuat terutama bila ada bread maker campak aje semua bahan dalam tu tekan fungsi doh lepas 15 minit ianya siap diuli. Tapi selalunya selepas tamat tempoh 15 minit tersebut, saya akan tekan semula start untuk bread maker tu menguli buat kali kedua. Saje la kan untuk dapat hasil ulian yang lebih cantik.

Even untuk pau pun memang saya serah dekat bread maker untuk tugas-tugas menguli ni. Cumanya antara pau dengan donut saya lebih kerap buat donut atas faktor pau perlukan inti . Untuk donut pula if mahu dimakan kosong tanpa taburan gula boleh sahaja tambahkan sukatan gula dalam adunan, nanti bila siap digoreng sudah boleh dingap begitu sahaja.


Jika inginkan kelainan baru la dibuat topping coklat atau topping selainnya serta taburkan sahaja coklat rice, kepingan badam atau jem .


Selalunya jika ada yang share resipi donut dengan caption donut gebu lembut, setakat ni memang hasil dari resepi-resipi tersebut tidak mengecewakan. Untuk kali ni saya menggunakan resipi dibawah :

3 1/2 Cawan Tepung Gandum
1 cawan air suam ( atau air sejuk dari peti sejuk jika menggunakan bread maker )
2 sudu marjerin/butter
5 sudu gula pasir
3 sudu susu pekat
1 paket yis
1 biji telur

Cara Membuatnya:
1. Cairkan marjerin. Ketepikan
2. Satukan gula, susu dan air. Kacau sehingga gula larut.
3. Masukkan yis ke dalam campuran gula+susu+air, biarkan selama 10 minit atau sehingga berbuih
4. Pukul telur sedikit kemudian satukan dengan marjerin .
5. Satukan campuran marjerin+telur dengan campuran gula+susu+air+yis.
6. Masukkan campuran marjerin+telur+gila+susu+air+yis kedalam tepung, sedikit demi sedikit sehingga Mendapat doh yang boleh diuli ( tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembik)
7. Bentuk-bentukkan menjadi adunan donut mengikut saiz yang diingini.
8. Biarkan atau rehatkan selama 20 - 30 minit baru digoreng.


Nota Jejari : suka donut bersaiz kecil

4 comments:

  1. Sedapnya... Klau dpt kt ank sy hbis topping je yg dimakan.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan mudah... nak cuba la

    ReplyDelete
  3. Kalau untuk first try nak guna 2 cawan tepung saja, mcm mana nak adjust ingredients yg lain ?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk bhn2 lain guna separuh dr resipi asal, untuk air pula mula guna 1/2 cawan air dan sewaktu menguli tambah air sedikit demi sedkit sehingga dapat doh lembut yang tidak melekat di tangan

      Delete