Go Bang Maju Patin Tempoyak , Temerloh


Budak-budak kat rumah ni suka sesangat kalau dibawa makan kat Go Bang Maju Patin Tempoyak ni. Padahalkan diaorang bukan la peminat ikan patin atau masak tempoyak. Tapi mungkin sebab patin tempoyak di sini tak pedas so kena la dengan selera diaorang. Tambah pulak isi patin yang lembut lagi la menambat selera .

Kebiasaannya kami akan mengambil menu yang hampir sama setiap kali kami makan disini. Menu wajib semestinya la Patin Tempoyak dan Patin Goreng
Patin Tempoyak , ikan sungai goreng

Patin goreng, Nasi putih

Selalu memang ramai yang datang makan di Go Bang Maju Patin Tempoyak ni. Satu masalah ialah tempat parking yang agak terhad. Kalau meja makan pulak jangan risau sebab disini memang disediakan banyak meja.

Konsep makan disini berkonsepkan layan diri, means dari nasi , pemilihan lauk dan air semua kena ambil sendiri. Cumanya sesetengah menu sudah siap diisi dalam piring/mangkuk seperti nasi, patin goreng, ikan sungai goreng, patin tempoyak ( kena minta di kaunter menu).

Harga?

Pada saya boleh tahan la. Tak de la mahal sangat kot. Jika kami mengambil 4 nasi penuh, 4 air sirap, semangkuk ikan patin tempoyak (bahagian ekor) sepotong ikan patin goreng ( bahagian ekor), sebekas ikan sungai goreng harga yang dikenakan  ialah RM39.

Nota Jejari : Nak belajar masak patin tempoyak camtu la...isi lembut kuah pekat dan semestinya kena cari patin sangkar sungai pahang la kot

No comments:

Post a Comment