Kari Ayam bernanas


Semalam dah masak ayam goreng bernenas, hari ni masak Kari Ayam Bernanas pulak. Gini la gaya bila sesekali beli nenas cam memborong pulak beli banyak terus. Pastu mula la hari-hari masak menu yang ada nenas.. belasah je la..


Cerita tentang kari ni, masa first time masak kari ayam dulu husband siap tegur lagi " ni masak kari ke masak kurma". Hahahha ni semua gara-gara warna kari yang dimasak tu pertengahan antara warna kari ayam dan kurma ayam. Tah camna masak kari dah siap dimasak warna macam kurma ayam la pulak..boleh camtu?

Nak buat camna dah membesar dalam keluarga yang amat jarang makan menu kari ni. Dibiasakan sedari kecil dengan menu gulai ( kuning) , so boleh la kot jadikan alasan kukuh tak pas masak menu berasaskan rempah sebab tidak didedahkan dengan ilmu sebegitu.

Sekarang ni pun tak de la pandai mana masak menu yang ada rempah cam gini. Cumanya bila dah banyak kali masak tu , sampai ke satu tahap cukup ada rupa sedikit dan ada rasa dah boleh dikira masakan tu sebagai masak kari.

Cam menu kari ayam bernenas ni pun, bahan cam masak kari biasa tu jugak cuma tambah nenas je. Just letak bawang merah, bawang putih , rempah kari, cili mesin, rempah sekawan, santan, nenas, garam, gula .

Nota Jejari : Menu campak-campak asal boleh...

No comments:

Post a Comment