Kek Pisang Bakar (Limau Nipis)


Dulu-dulu suka sangat beli kek pisang kalau tak silap jenama samudra. Tapi sejak dah boleh buat kek sendiri , if teringin nak makan memang buat sendiri je dah. Kebiasaannya guna pisang berangan sebab pisang tu je mudah nak jumpa. Kalau pisang emas tu rasa cam susah je nak jumpa.

Resipi kek pisang yang ada penggunaan perahan limau nipis ni dah banyak kali buat. Suka resipi yang satu ni sebab menghasilkan aroma kek pisang yang wangi dan rasa yang sedikit unik. Nak tahu macam mana rasa kek pisang yang ada penggunaan perahan limau nipis dalam adunan kek nya tu kena la cuba sendiri , kan.

Jangan risau, kek yang terhasil dari resipi ini tetap sedap , lembap dan manisnya pun sedang-sedang aje.


Kek Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis
1sk esen vanila

Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.


Nota Jejari : Kalau tiada limau nipis boleh ganti dengan lemon

No comments:

Post a Comment