Maggi Ketam Vs Mee Udang , mana satu pilihan hati?


Actually dah lama mencuba menu mee udang dan maggi ketam ni tapi baru sekarang nak update kat blog. Tu pun sebab baru tahu kedai yang menyediakan menu ni dah berpindah ke kuantan. Tak tahu la sebab utama mereka berpindah dari bandar Jengka ni.

Mungkin rezeki mereka telah tertulis di kuantan maka nya mereka berpindah ke sana. Walau ke mana pun mereka meneruskan perniagaan mereka semoga mereka berjaya dan terima kasih sebab dengan adanya mereka di Bandar Jengka sebelum ini dapat la kami merasa maggi ketam dan mee udang yang pada saya sedap!!! .Tak perlu berkelana jauh untuk merasa 2 menu tersebut....

Ok la , kat bawah ni gambar kenangan sewaktu kami makan di Da Di Du Cafe tahun lepas :

Maggi ketam...


Mee Udang..

Camna menarik tak kedua-dua menu kat atas ni?

Hmmm... pasni kalau tetiba rasa nak makan salah satu menu ni atau tetiba mengidam ke apa ke kat mana pulak la nak mencari yang serupa ya..

adakah perlu berkelana ?


Nota Jejari : Harapnya ada la cafe yang menyediakan menu seperti ini lagi disini...

No comments:

Post a Comment