Nasi Minyak Bus Stand Kemaman


Kata orang nasi minyak di Warung Bus Stand Kemaman ni boleh tahan sedapnya. Makanya kami pun ambil la kesempatan singgah mencuba nasi minyak di situ.


Yup memang boleh tahan jugak nasi minyak di Warung Bus Stand Kemaman ni. Dan yang pasti kelainan Nasi Minyak Disini ialah ianya disajikan dengan ayam goreng dan kuah.


Sedap!!!!


Selain dari Nasi Minyak , Nasi lemak jugak ada untuk makan pagi ( bermula 6.00pg hingga 11 pagi) dan juga untuk makan petang ( bermula pukul 3 petang hingga 9.30 malam). Selain tu terdapat juga Nasi Berlauk untuk makan tengah hari bermula pukul 12 tengah hari sehingga pukul 3.00 petang. Maknanya kalau kalian berkelana melalui bandar kemaman pada sebelah petang kalian masih berpeluang singgah untuk mencuba nasi minyak disini.

Cumanya bila highway LPT2 dah dibuka  kemungkinan untuk kami singgah makan disini semula tah bila la pulak. Mungkin bila-bila waktu ada urusan di bandar kemaman pastinya kami akan singgah lagi disini nanti.

Nota Jejari : Setiap kali balik ke terengganu , anak-anak mesti requst nak makan nasi minyak...

No comments:

Post a Comment