Tips meroti dari bukan pakar meroti


Meroti lagi !!!!


Kebiasaannya kalau meroti memang saya akan guna 500gram tepung. Dengan kuantiti tepung sebanyak tu boleh la dapat 2 acuan bersaiz 8" . Setiap acuan dapat la dalam 16 biji doh dengan berat setiap doh sebelum dibakar +/- 30gram sebiji.


Selalunya saya memang skip satu step, selepas diuli kebiasaannya doh akan direhatkan sehingga doh naik sekali ganda kan? Tapi sebab nak cepat selalunya selepas diuli saya akan terus bentukkan doh pastu baru rehatkan doh dalam 30 -  45 minit sebelum dibakar.

Tapi bukan semua resipi roti saya buat camtu. Untuk 2 resipi dibawah sahaja saya skip step tersebut. Rasanya kalau korang uli roti menggunakan tangan elok follow betul-betul step yang diberi. Jangan skip step rehatkan doh tu tau. Macam saya ni sebab guna bread maker so rasa yakin sikit la nak terus bentukkan doh selepas diuli.


Satu lagi make sure sebelum doh roti dibakar pastikan sembur atau sapu dulu permukaan roti dengan cecair. Paling tidak sapu atau sembur dengan air kosong atau kalau rajin dengan susu atau telur kuning atau seperti yang disarankan dalam resipi ( jika ada )

Jika inginkan permukaan roti sedikit berwarna gelap selepas tempoh masa pembakaran tamat, biarkan dahulu roti didalam oven.

Selepas dibakar sebaik sahaja roti dikeluarkan dari oven, cepat-cepat sapu permukaan roti dengan butter atau marjerin ya.

Untuk mengekalkan kelembutan roti, pastikan roti disimpan dalam bekas yang bertutup kemas. Setakat ni saya tak pernah lagi buat roti menggunakan pelembut roti, selalunya bila roti disimpan dalam bekas bertutup , keesokan harinya roti masih tetap lembut.

ok la dibawah saya kongsikan resipi roti yang saya biasa guna  yang mana saya memang akan skip step rehatkan doh selepas ianya siap diuli.



Roti Asas ( Resipi 1 )
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta  dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.


Roti Lembut Gebu ( Resipi 2 )
Sumber :  Anie Japri FB

Bahan :

500 G TEPUNG HIGH PROTIEN
250 ML AIR SEJUK PETI -
1 BIJI TELUR
30G G SUSU TEPUNG - ganti 2 sudu susu pekat
80 G BUTTER @MAJERIN
1 SUDU KECIL GARAM
85GM GULA
1 PAKET YIS(11GM)

CARA:
1. MASUKKAN SEMU BAHAN CECAIR KE DLM BREAD MAKER.
2. MASUKKAN BAHAN2 KERING.SET NO 8 UTK DOUGH.
3. DAH SIAP KELUARKAN DOH DAN BENTUKKAN.
4. BIAR DOH NAIK SEKALI GANDA.BAKAR SUHU 160C-15-20 MINIT

Nota Jejari : tips dari yang bukan pakar meroti .. 

No comments:

Post a Comment