Shopping Online Barang IKEA melalui Be Malas


Dah lama survey kerusi makan bayi/budak (High Chair). Malas nak survey kat kedai perabot sekitar sini, tapi rajin pulak la survey online. Dah survey di beberapa kedai online termasuk Lazada. last-last terberkenan dengan kerusi makan bayi/budak di IKEA.

Masa pergi Kuala Lumpur bulan sembilan hari tu, memang bercadang nak pergi ikea tapi masa pulak tak mengizinkan. Nak pergi semula ke Kuala Lumpur semata-mata nak pergi IKEA memang tak la. So decide beli secara online je. Masalahnya ikea tak buat perkhidmatan belian atas talian ni. Masa tu memang rasa nak decide beli melalui Lazada atau merajinkan diri survey kat kedai perabut area sini je dah.

Tah macam mana masa browse wall facebook terjumpa Facebook page Be Malas ;


Cam menarik je perkhidmatan dari Be Malas so decide browse timeline page tu dan terserempak la dengan status dibawah ni;


Hanya dengan layari website IKEA di www.ikea.com.my , daftar kemudian pilih produk apa yang kita nak . Lepas tu print screen je shopping list yang kita dah buat di website ikea tadi , kemudian sms atau PM je FB page Be Malas. Eh senang sangat kan memang sesuai la bagi orang yang tak de masa atau "malas" nak keluar shopping.


Perkhidmatan dari Be Malas ni pun cepat, dan sebarang pertanyaan juga cepat dijawab, berdasarkan pengalaman saya berurusan dengan mereka semestinya kan. Barang juga dibungkus dengan elok dan sampai dalam keadaan sempurna.




Nota Jejari : Pada yang rasa nak shopping barang ikea tapi tiada masa nak pergi ikea atau malas nak beratur bayar di kaunter ikea boleh la cuba berurusan dengan Be Malas ya!

1 comment:

  1. Wah bestnya. Harga servis dia pasti berbaloi kan.
    Sekarang ni semua online je kan.
    http://ruzanaibs.blogspot.my/2015/10/tips-jelita-mencuci-muka-dengan-ringkas.html

    ReplyDelete