Kuih tradisional inti gula kabung


Antara kuih kesukaan anak sulung. Kalau balik kampung ni la kuih yang dia akan request minta nenek dia buatkan. Kebiasaannya untuk inti kuih ini, kami memang menggunakan inti gula kabung, kalau lebih rajin bulat-bulatkan inti kelapa untuk dijadikan inti kuih ni. Antara keduanya saya lebih suka yang berintikan gula kabung.


Kuih tradisional yang satu ni tak banyak bahan yang digunakan. Cuma perlu bancuh tepung pulut dengan sedikit air (jika suka boleh letak garam sedikit) yang sekadar cukup untuk membentuk doh yang tidak melekat ditangan. Doh jangan terlalu lembik dan jangan pula terlalu keras ya.

Kemudian ambil secukupnya doh untuk diletakkan inti. Saiz kuih ni pula bergantung pada si pembuat. Dah siap dibentuk atau dibulatkan bolehla direbus seperti merebus kuih melaka. Bezanya kuih ini disalut campuran santan+sedikit tepung+sedikit garam yang sudah dimasak terlebih dahulu.


Walaupun ianya kuih yang mudah untuk disediakan, tapi bila mood tak de tu, kuih yang sesenang camni pun terasa susah dan cerewet untuk dibuat. kan?

Nota Jejari : Versi berkelapa parut atau bersantan, kedua-duanya memang menjadi kesukaan 

1 comment: