Fenomena Brownies Coklat Kedut (Chocolate Brownies)


Terjebak jugak dengan Brownies Kedut ni. Udahnya hari-hari duk lalu kat wall FB resipi Brownies kedut. Tambah pulak mana-mana yang dah cuba resipi ni memberi feedback positif; sedap la, mudah nak dibuat la. Makin menarik untuk dicuba bila brownies ni di "make up" dengan topping coklat dan/atau sos karamel, letak pulak kekacang, buah strawberry lagi la menambahkan rasa nak mencubanya.


Tapi saya tak de la nak "make up" pun brownies kedut tu. Percubaan pertama kali la katakan. Kira macam test market tengok anak-anak boleh layan tak spesis brownies ni. Bila dah buat dan diaorang kata sedap, lain kali boleh la nak letak topping pulak kan.

Kalau nak diikutkan ada pelbagai resipi brownies kedut yang dikongsi di FB mahupun di blog-blog. Bukan itu sahaja, tips bagaimana cara untuk menghasilkan brownies yang berkedut-kedut juga turut di sertakan. Alhamdulillah semakin ramai yang tak kedekut ilmu masakan sekarang ni, semoga mereka-mereka dimurahkan rezeki.

Disebabkan terlalu banyak yang berkongsi resepi berserta tips, sampai kan tak tahu nak cuba resipi yang mana satu. Last-last saya pilih resipi yang diperpanjangkan oleh kak azlita (Blog Masam Manis). Mungkin di lain kali boleh cuba resipi lain pulak kan.

Resepi "Brownies Coklat Kedut (Chocolate Brownies)"

Resepi Oleh: Cik Cek
Rujukkan dari : Azlita Aziz (Blog Masam Manis)

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
  1. Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. 
  2. Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
  3. Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
  4. Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. 
  5. Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
  6. Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
  8. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
  9. Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
  10. Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Nota Jejari : Hasil pertama kali membrownies ni tak de la berkedut sangat

2 comments:

  1. kak, mcmne nak menghasilkan kedut kak? sbb sy dah dua kali buat tak berkedut pun :'( and mmg msti buat dua adunan mcmtu ye? tq kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgr kta..dia kna guna coklt msakan yg elok brkualiti...bru dia hasilkn kedut yg elokk☺

      Delete