Pelbagai roti dari doh asas roti


Kali ni nak kongsi resipi doh asas roti yang boleh dipelbagaikan dan dibentuk menjadi pelbagai jenis bun. Resipi kali ni pun dah banyak kali digunakan sebab hasil dari resipi ni bun/roti menjadi lembut dan gebu. Walau saya tak ikut 100% bahan yang dicadangkan , roti yang terhasil tetap tidak mengecewakan. Sedap pun sedap!

Roti manis

Resipi kali ni bahan yang digunakan lebih sedikit dari resipi doh asas roti yang pernah saya kongsikan sebelum ni (rujuk entry "Roti sosej menggunakan resipi roti asas".).

Perbezaan dari segi penggunaan bahan diantara kedua-dua resipi boleh rujuk jadual dibawah:

Roti Asas 1
Roti Asas 2
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur
Bahan A
600 gm tepung HP
100 gm gula halus
20 gm susu tepung
6 gm garam
6 gm bread improver
11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
285 gm air
1 biji telur
1 sudu kecil vanila

Bahan C
60 gm butter

So terpulang pada kalian nak cuba resipi yang mana satu. Nak lebih mudah guna resipi Roti asas 1.

Untuk resipi roti asas 2 tu saya tak masukkan bread improver (Sebab memang tak beli pun), even susu tepung pun tak letak, saya cuma gantikan susu tepung dengan susu pekat je. Susu pekat tu saya campurkan sekali dengan air. So berat 2 sudu susu pekat + air = 285gm jugak. So kalau letak susu pekat, kuantiti gula boleh la nak dikurangkan, takut manis pulak nantikan.

Letak susu pekat ni bukan sebab sesaje saya nak derhaka pada resipi tau, ni kes nak beli susu tepung tak terbeli-beli la ni. Lagi pulak kat rumah ni memang tak minum sebarang jenis susu tepung pun, makanya kalau setakat resipi yang guna sedikit je susu tepung tu memang saya akan tukar atau tak letak langsung. Rasa tak berbaloi pulak nak beli, gunanya jarang-jarang sekali, nanti ada sempat expired susu tepung tu baru nak guna pulak.

Ok la untuk resipi penuh roti asas 2 seperti dibawah ya :

Doh Roti Asas
Sumber : Dapur Ibundo

Bahan A
  • 600 gm tepung HP
  • 100 gm gula halus
  • 20 gm susu tepung
  • 6 gm garam
  • 6 gm bread improver
  • 11 gm yeast (1 peket mauripan)

Bahan B
  • 285 gm air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil butter vanila

Bahan C
  • 60 gm butter

Cara membuatnya:
  1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk adunan. Gaul sebati. 
  2. Masukkan bahan B, blend slow speed selama satu minit. 
  3. Masukkan bahan C blend high speed selama 20 minit. Guna pengadun roti ye. Kalau nak uli pakai tangan boleh juga tapi tak gerenti adunan tu menjadi lembut. Lagipun, umangai.. longoh lah tangan.. (Saya guna bread maker je)
  4. Bila siap, keluarkan adunan dan bahagikan adunan kepada beberapa biji bebola seberat 50 gm setiap satu. Lebih kuranglah. 
  5. Bentuklah sesuka hati. 
  6. Biar adunan kembang (lebih kurang satu jam). 
  7. Bila sudah kembang, sapu permukaan dengan campuran telur dan air. (sebiji telur dan air di kocok2 dulu). 
  8. Kemudian boleh la dibakar pada suhu dan masa yang sesuai.

Di bawah ni pelbagai roti/bun yang saya dah buat menggunakan resipi ni ya:

Chicken Floss Bun

Roti inti kaya 3 serangkai

Roti Sosej

Pizza menggunakan doh yang sama


Nota Jejari : Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment