Chezzy Wedges Ala KFC


Kebetulan beli cheese powder so, ambil peluang buat Chezzy Wedges atau Potato Wedges ni. Agak mudah jugak nak membuatnya. Lepas ni kalau teringin nak makan wedges macam yang di jual kat KFC tu boleh la buat sendiri. Even rasanya tak sama 100% dapat rasa yang ala-ala camni pun dah puas hati. Terutama ni hasil air tangan sendiri kan, homemade chezzy wedges pasti punya rasa tersendirikan. Kita boleh control rasa nak bahan yang digunakan ikut tekak kita sendiri.


Pada saya nak buat wedges ni, part yang leceh sikit time nak kena rebus dulu kentang tu. Lain-lain step mudah dan cepat aje untuk disiapkn.

Untuk percubaan kali pertama ni , saya hanya menggunakan kentang biasa yang dijual di kedai atau pasaraya kecil. Mungkin di lain masa boleh cuba guna kentang bersaiz besar pulak. Tu kena cari di pasaraya besar la kot. Mungkin hasil dan rasa wedges juga akan berbeza nanti. Kentang mahal la katakan.


Ok la untuk kali ni saya menggunakan resipi seperti di bawah;

Chezzy Wedges a.k.a Potato Wedges
Sumber : Perlongsian di FB

Bahan-bahan
4 Biji Kentang (dibersihkan kemudian di potong secara baji tanpa dikupas kulitnya)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
putih telur dari 1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

Cara membuatnya

  1. Rebus kentang hingga empuk, angkat toskan dan biar suam sedikit
  2. Dalam plastik, masukkan serbuk cili dan serbuk lada hitam
  3. Masukkan kentang kemudian goncang-goncangkan sehingga kentang disaluti serbuk cili dan serbuk lada hitam tadi.
  4. Pukul putih telur sekejap
  5. celupkan kentang dalam putih telur kemudian ke dalam tepung (satu persatu)
  6. goreng dalam minyak yang panas
  7. angkat, toskan dan siap untuk dihidangkan bersama sos cheesy, mayonis dan sos cili



Nota Jejari : Puas hati dapat buat dan makan chezzy wedges sendiri!

No comments:

Post a Comment