Kek pisang moist versi perahan lemon


Suka dengan resipi kek pisang yang satu ni sebab kek yang terhasil, lembut, lembap dengan rasa manis yang sedang-sedang. Jika sebelum ni pernah menggunakan resipi yang sama ( rujuk entry "Kek Pisang Bakar (Limau Nipis)") , kali ni cuba  resipi yang sama juga cuma bezanya saya tukar penggunaan perahan limau nipis ke pada perahan jus lemon pulak .


Versi menggunakan perahan lemon ni tak jauh beza dengan versi limau nipis. Jangan risau even ada penggunaan perahan limau nipis mahupun perahan lemon, rasa kek pisang ni tak berubah. Kek pisang tetap akan rasa kek pisang juga bila di makan, setakat 1 sudu besar perahan limau nipis tak akan mengubah rasanya sangat. Nak cakap pun susah , kalau korang masih tertanya-tanya bagaimana rasa kek pisang yang ada perahan limau ni, kena la cuba sendiri.

Cuba jangan tak cuba!

Terutama bagi yang minat dengan kek pisang versi lembap korang perlu cuba resipi ni. Lagi pun nak membuat kek pisang ni bukan la susah sangat kan. Rasanya antara kek yang korang tak kan gagal membuatnya, kek pisang la kot. Tak banyak kerenah sangat , bahan pun tak banyak mana, step membuatnya pun pendek aje, sedap pulak tu, tak seperti kek lain yang jika tersilap langkah boleh bantat jadinya.


Kek Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
4 biji pisang emas - lecek
1 cwn gula kaster
1 cwn minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis
1sk esen vanila

Cara cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3-5min @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 -60 minit atau sehingga masak.

Nota Jejari : antara kek kesukaan, cuma bila ada pisang dirumah baru la ada kesempatan membuatnya.

No comments:

Post a Comment