Sponge Cream Cheese Vanilla Chocolate Cake


Baking lagi ! kali ni try buat Kek span keju vanilla coklat ni pulak. Resepi di ambil dari facebook Adamsufi Mazri. Terima kasih pada puan Adamsufi sebab rajin berkongsi resipi kek, dan tak lokek ilmu dan tips membaking. Kalau korang rasa nak jamu mata boleh la ke facebook Puan Adamsufi , pelbagai resipi yang dia dah kongsikan di wall facebook dia. Berbaloi!


Sebenarnya ni la kelemahan kalau duk berFB ni, asyik la tengok orang pos resipi tu resipi ni, memang keinginan nak mencuba tu membuak-buak. Keinginan mencuba je la, perlaksanaannya tah bila-bila. Kekadang tu save je resipi tah bulan bila pulak la baru ada peluang nak mencubanya.

Macam kek ni pun, kebetulan ada orang tempah nak kek karamel, dah alang-alang on kan oven tu terus je la baking " Sponge Cream Cheese Vanilla Chocolate Cake" ni. Lepas siap masukkan kek karamel dalam oven , basuh segala peralatan buat kek karamel tadi, rehat jap  then terus godek-godek buat kek ni. Sedang elok kek karamel siap dibakar, kek span ni pun siap di adun.


Tah macam mana boleh kalut dan terlupa pulak la nak keluarkan dulang berisi air ( note: kek karamel dibakar secara water bath) terus je masukkan adunan kek Span keju vanilla coklat ni. Nasib baik la kek ni menjadi cuma teksture dia jadi sedikit lembap. Lembap pun lembap la kan, janji boleh dimakan.


SPONGE CREAM CHEESE VANILLA CHOCOLATE
Sumber : Facebook Adamsufi Mazri

BAHAN A

• 1& 1/2 cawan tepung gandum*
• 1/2 cawan gula castor
• 1 tiub cream cheese tatura 250 gram
• 3 biji kuning telur saiz A
• 1 cawan fresh milk
• 1 sudu besar essen vanilla
• 11/2 sudu kecil baking powder*
• 1/2 cawan minyak masak
* 1 sudu besar chocolate emulco / 2 sudu besar serbuk koko yang di larut kan dengan sedikit susu .
( MEMO: BAHAN BERTANDA * DI AYAK SEKALI YEE)

CARA - CARA:
1. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.-
2. masukkan cream cheese and beat again hingga all combine
3. Masukkan tepung yang dah di ayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan fresh milk, vanilla essen and minyak.beat hingga all well combine..

BAHAN B(Meringue)
• 6 biji putih telur
• 1/2 cawan gula castor
• 1 sudu teh cream of tartar ( if tak de yang nie boleh add apple vinegar, perahan jus lemon or cuka makan yee – semua nie berfungsi untuk stabil kan putih telor yang nak di meringue tu tadi..

CARA - CARA:
( MEMO: PASTIKAN BEKAS AND PEMUTAR MIXER YANG NAK DIGUNAKAN BETUL BETUL KERING..DIULANGI KERING YER..JANGAN ADA SETITIK PUN AIR..IF TENGAH MERINGUE TUTUP MULUT TUE TAKUT AIR LIUR MELELEH PLAK DLM BEKAS MERINGUE..HANCUR HABIS..HEHEHEHEHE

1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah or cair ..adunan jadi kental and bertanduk ( rujuk gambar mama yee..tengok kental yee..tak cair ..ianya ringan and kental.
CARA-CARA untuk satukan adunan meringue dengan bancuhan kek tadi .
1. Satukan BAHAN MERINGUE ke dalam ADUNAN KEK .Whisk biar sebati – perlahan lahan yee..jangan kasar.. kacau hanya guna senduk dan jangan guna mixer ( part nie kena ikut yee..jangan derhaka tau ..

2. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2. – mama bahagi 2 – satu warna asli adunan kek and satu lagi mama add chocolate emulco untuk ada taste and warna coklat.
3. Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.- cara mama ..senduk 1 warna kat tengah2 loyang n..double kan lagi satu warna kat atas nyer..tak perlu ratakan yee..biar ianya rata sendiri..ulang marble hingga habis adunan .( MAMA DROP ADUNAN CACA MERBA AJE )

PANASKAN OVEN TERLEBIH DAHULU SUHU 150-160’C SELAMA 10 MINIT ..SETTING API ATAS BAWAH- bakar selama 45 MNT .PART NIE BERGANTUNG PADA JENIS OVEN MASING MASING YE..KALAU TAK MASAK LAGI KEK NYER JUST TAMBAHKAN LAGI MASA BAKING..BILA TOUCH PERMUKAAN KEK NYER IANYA BOUCE BALIK..BERMAKNA DAH MASAK LAH TUE..IF STILL GERAK GERAK CAM JELI ..TAMBAH MASA BAKING LAGI YE LALING..
DAH BAKAR TERUS KELUARKAN DARI LOYANG AND TELANGKUP KAN LOYANG ATAS REDAI AND SISIP KELUAR SEGERA KALAU TAK KEK KEMPES BALIK

MEMO PENTING..LOYANG TAK PERLU DIOLES BUTER OR TEPUNG..JUST BIARKAN LOYANG DOGOL..


Nota Jejari : selamat mencuba

No comments:

Post a Comment