Gabungan Red Velvet dan Kek coklat buttermilk


Tekak tetiba teringin nak makan 2 jenis kek serentak , iaitu kek red velvet dan kek coklat. Makanya lapiskan  je la kedua-dua kek ni, dan gabungan kedua-dua kek ni dilayer pulak dengan cream cheese. Sedap!, even dibuat simple camni;


Sebab sendiri nak makan jadi just layer simple camtu je la. Lain kali mungkin boleh lapis dengan filling blueberry ke tak pun atas tu letak buah-buahan seperti strawberry ke kan.

Mungkin korang tertanya-tanya apa la rasa gabungan 2 jenis kek ni kan?

Kalau nak tahu kena la cuba buat sendiri pastu rasa sendiri , baru tahu camna rasa dia.

Untuk gabungan 2 jenis kek ni sebenarnya bahan tak de la beza mana pun terutama dari segi penggunaan :

  • Serbuk koko ; kedua-dua memang ada menggunakan bahan yang satu ni. Cuma kuantiti serbuk koko yang digunakan tu je yang berbeza.
  • Buttermilk ; Red velvet tak lari dari menggunakan buttermilk sebagai salah satu bahannya. So untuk kek coklat tu saya pilih resipi yang ada penggunaan buttermilk juga.
  • Minyak ; kedua-dua resipi kek menggunakan minyak bukan butter mahupun marjerin
  • Kedua-dua kek sudah tentu ada penggunaan bahan lain seperti tepung, telur, esen vanilla, gula, soda bikarbonat , 
  • Bezanya red velvet ada penggunaan cuka



Nota Jejari :  Memang minat makan kek

No comments:

Post a Comment