Mexican bun yang pucat lesi


Kurang menjadi rupa Mexican Bun (atau ada juga yang panggil Roti Boy) saya ni. Tak tahu la dimana silapnya hasil Mexican Bun ni agak pucat. Sekali pandang macam tak de topping pulak. Mungkin faktor kurang kuantiti coffee yang diletak ( guna nescafe instant 3 in 1 sahaja), mungkin juga teknik membakar yang kurang sempurna.

 
Tapi jangan di lihat pada rupa tau, rasa bun ni tak lari jauh dari rasa Mexican Bun yang dijual. Okey tu ayat menyedapkan hati dan memberi semangat untuk mencuba lagi di lain masa je ya. Adat la kan, berguru sendirian berhad dengan hanya melihat resipi dan tak pernah pergi mana-mana kelas belajar membuat roti/bun pun. So kena banyak kali buat dan belajar sendiri mana yang terkurang tersilapnya kan.


Tapi kalau setakat nak makan sendiri, terutama waktu tetiba je datang rasa nak makan Mexican Bun dan malas nak keluar membeli pulak tu, dapat hasil bun yang macam ni rupanya kira boleh la dari tak de. Kekadang buat sendiri ni even hasilnya tak seperti yang dijual di kedai-kedai roti, terbit rasa kepuasan tersendiri. Hanya orang-orang yang sekapal (yang belajar baking sendiri dan hanya berpandukan resipi dan tips yang dikongsi di internet) je yang tahu perasaan tu macam mana.


Kali ni untuk resipi Mexican Bun ni saya try guna resipi yang dah agak lama ada di internet dari tahun 2007 lagi. Rasanya ramai jugak dah yang cuba resipi dari Lilydvalley @ Myresipi ni;

Mexican Bun

Bahan-bahan

Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar
Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum
Doh Roti
-500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
-2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional) - Tak Letak
-20 gm susu tepung - Tak Letak
-75 gm gula castor
-3 sudu kecil dry yeast
-1 sudu kecil garam
-1 biji telur- dipukul
-250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar). - Guna bancuhan susu pekat manis
-60 gm mentega


Cara-cara
  • Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence dan gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  • Doh Roti
  1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan telur dan air/susu segar.
  4. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  5. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  6. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  7. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  8. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  9. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  10. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.


Nota Jejari : Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment