Layan agar-agar best time cuaca panas kan?


Dulu-dulu suka sangat makan agar-agar sirap, tapi agar-agar sirap yang biasa tu je la. Biasa kalau time kenduri kat kampung seakan wajib pulak menu pencuci mulutnya agar-agar sirap tu. Kalau pun ada versi agar-agar santan biasanya dibuatkan agar-agar santan gula merah mahupun agar-agar santan pandan. Versi agar-agar santan sirap camni tak biasa jumpa apatah lagi buat. Kiranya ni kali pertama mencuba agar-agar santan versi sirap rose camni.


Pada saya gabungan agar-agar santan dengan sirap rose ni pun tak kurang sedapnya juga. Tapi jika diberi pilihan saya lebih prefer agar-agar santan versi pandan. Korang pulak?

Zaman sekarang ni agak jarang sudah dihidangkan agar-agar sebagai pencuci mulut dikenduri-kenduri. Walau membuatnya tak cerewet mana mungkin atas beberapa faktor ianya sudah kurang  menjadi pilihan . Even anak-anak saya pun kurang layan agar-agar tak kira la apa jenis agar-agar mahupun puding sekalipun. Tapi tak semua budak-budak pandang sebelah mata kan, ada yang memang agar-agar atau puding menjadi salah satu kuih kesukaan mereka terutama jika ianya dimakan sejuk selepas disimpan didalam peti sejuk.


AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan) *izah taruk 1.2 liter
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:

Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
(edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.
Nota Jejari : nnnn 

No comments:

Post a Comment