Air Kelapa Pandan Bakar


Setiap kali pergi temerloh memang akan berjumpa dengan gerai / kedai yang jual Air Kelapa Bakar. Bila dah kerap lalu tu, memang akan ada timbul rasa nak cuba la kan. Terutama ianya sesuatu yang baru bagi kami, harus la kena try baru tahu bagaimana rasanya . Sedap ke tidak, apa beza dengan air kelapa biasa, pendek kata bermacam persoalan yang memerlukan jawapan yang bermain dalam fikiran ni. Nak tahu jawapan kepada persoalan-persoalan tu kena la merasa sendiri. Tul tak?


Sebenarnya kitaorang singgah minum air kelapa bakar ni dah lama dah. Masa bulan Jun 2015 tu lagi dah. Tapi baru hari ni la ada kesempatan nak update kat sini. Masa kitaorang berhenti minum tu, cuma ada kelapa bakar yang biasa je, tiada kelapa pandan bakar.

Pada saya , rasa air kelapa bakar ni ada la beza sikit . Warna airnya pun berbeza sedikit sebab menggunakan air gula merah ( air nissan kot, tak ingat )


Pilihan air kelapa juga ada pelbagai, kalau tak silap ,ada 4 pilihan kot, lupa dah. Tapi rasanya lain gerai/kedai lain cara penyediaan air kelapa bakar.

Kalau ada yang berkesempatan datang ke Temerloh boleh la singgah minum air kelapa bakar ni. Nak jumpa gerai yang jual air kelapa bakar ni mudah sangat. Sebabnya gerai yang jual air kelapa bakar tu terletak di tepi jalan sahaja. Jika keluar dari exit tol temerloh (ke luar ke arah bandar Temerloh / bandar Mentakab) korang akan jumpa gerai yang menjualnya. Ada 2 atau 3 gerai yang menjual air kelapa bakar seperti ni.

Nota Jejari : Dah lama tak minum air kelapa...

No comments:

Post a Comment