Burger Malaysia Dari adunan Donut Gebu


Actually buat Burger Malaysia ni sama hari dengan buat donut dientry sebelum ni "Donut , satu lagi resipi yang berbaloi untuk dicuba". Mudah dengan adunan yang sama dapat 2 jenis kuih sekaligus; Donut dan Burger Malaysia. Cuma Gambar untuk Burger Malaysia ni kurang jelas sikit .



Untuk Burger Malaysia ni saya cuma menggunakan sardin goreng dan timun sahaja. Teringat zaman sekolah-sekolah dulu suka sangat beli Burger Malaysia yang digandingkan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun. Tapi nak dapat burger Malaysia + sambal ikan bilis yang sedap tu agak susah sikit sekarang ni. Jika beli pun seperti ada yang tak cukup rasa sahaja.

Ok la berbalik pada Burger Malaysia ni, selain dilapis sardin boleh juga di letakkan filling coklat ditengahnya tu. Khas untuk anak-anak yang sukakan coklat kan. Tapi namanya kurang sesuai la untuk dipanggil sebagai Burger Malaysia dah kan, bila dilapis coklat gelaran yang sesuai tetap donut kot.

Jika mahu adunan ini juga boleh dijadikan pau goreng / roti goreng dengan cara meletakkan inti coklat ditengahnya. Kiranya dengan satu resipi donut ini kita boleh pelbagaikan bentuk menjadi donut atau burger Malaysia mahupun roti goreng. Terpulang kepada kita untuk membentuknya bagaimana.



Ok la untuk resipi saya salin semula dibawah ya:

DONUT
Sumber : Pnut Syafinaz

Bahan-bahan:

20 g yis basah (fresh yeast) - kalau guna yis kering segera sebyk 6 g saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 g tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
minyak utk menggoreng
gula castor secukupnya utk taburan

Cara membuat:

Campurkan yis dgn sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
Ayakkan tepung ke dlm mangkuk adunan yg lain, curahkan campuran yis tadi di tengah2 tepung kemudian gaul sebati
Uli adunan sehingga menjadi doh yg licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh kedlm mangkuk besar, tutup dgn cling film selama 1 jam
Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm
Ambil penerap bulat, terap hingga habis
Biarkan donut tadi atas dulang yg telah disapu dgn sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 min
Goreng sehingga keperangan dgn api perlahan
Nota Jejari : seronok membentuk adunan yang boleh dipelbagaikan sepertti ini

No comments:

Post a Comment