Donut Gebu lagi, resipi lain pulak


Tak habis-habis dengan perkongsian resipi donut di blog ni. Pelbagai resipi dah ada, sampaikan yang tukang share ni pun dah tak tahu nak ikut resipi mana satu. Setiap resipi tu ada kelebihan dan keunikkannya yang tersendiri. Mana-mana resipi donut yang claim sebagai donut gebu dan lembut InsyaAllah betul cara membuatnya akan menghasilkan donut seperti yang digambarkan oleh empunya resipi.


Untuk kali ni saya mencuba resipi donut yang dikongsi oleh pemilik blog ZalinZalina pula. Mengikut puan empunya blog resipi donut ni diolah dari resipi roti. Ikut pada resipi ada penggunaan bread improver, tapi cam biasa la kan , saya skip bahan yang satu tu.

Antara sebab saya pilih untuk mencuba resipi ni kerana kuantiti tepung yang digunakan sedikit iaitu sebanyak 250gm sahaja. Kebiasaan resipi menggunakan 500gm tepung atau 1kg tepung, yang mana akan menghasilkan donut yang banyak. Ada masa memang akan ikut 100% resipi, klau tertulis penggunaan 500gm tepung memang akan buat menggunakan 500gm jugak atas sebab nak di frozenkan. Tapi ada masa buat separuh dari resepi yang diberikan, cuma cerewet sikit la nak kena membahagi 2 kesemua kuantiti bahan nya.

Kalau resipi yang straight forward memang dah guna kuantiti bahan yang sedikit camni, memudahkan bagi kita-kita yang berhajat nak buat sedikit je donut tu kan.


Ok la resipi untuk donut kali ni seperti dibawah ya;

Donut Lembut dan Gebu
Sumber : ZalinZalina

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 250gm tepung gandum
  • 1/2 sudu kecik garam halus
  • 1/2 sudu kecik bread improver
  • 1 sudu kecik susu pekat atau susu tepung
  • 1 biji telur
  • 50 gram margerin
  • 110 ml air suam
  • 50 gram gula pasir
  • 1 sudu kecik yis

Cara membuatnya;
  1. Bancuh air suam dan gula. Bila dah larut masukkan yis. Tunggu berbuih sekejap.
  2. Masukkan bancuhan ke dalam bekas yang berisi tepung, garam halus, bread improver, susu pekat, telur dan margerin.
  3. Kacau semua bahan guna sudu dulu. Pastu baru mulakan kerja-kerja menguli. Note : Terpulang samada nak uli dalam bekas tu aje ke atau atas dulang... kalau ada meja marmar atau stenless steel lagi senang... kalau takde, uli atas dulang aje pun bolehhhh... Tabur sedikit tepung atas dulang pastu uli jangan tak uli...
  4. Uli lebih kurang 5 minit atau sehingga doh licin dan tak melekat di tangan kira dah ok la tu.
  5. Perap doh selama 1/2 jam. 
  6. Lepas setengah jam bulat-bulatkan doh...
  7. Kemudian leperkan... tunggu kembang lagi sekali... 
  8. Setelah kembang , sedia untuk di goreng, Note : Sebelum digoreng baru kita tekan lubang... Kalau tak nak lubang tertutup rapat masa goreng, kita tebuk lubang masa betul-betul dah nak goreng... 
  9. Bila nampak dah keperangan kita angkat dan toskan... 
  10. Boleh salut dengan gula halus atau gula kastor..

Tips : 
  1. Masa nak goreng donat jangan diterbalikkan selalu..nanti serap banyak minyak... 
  2. Api pun takleh terlalu besar..takut dalam tak masak, tapi luar dah garing...
  3. Donat yang dah goreng kalau nak tahan lama lembutnya jangan biar terdedah dekat dengan kipas okey...

Nota Jejari : Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment