Nak melancong? Apakata dapatkan panduan dari pengalaman yang dikongsi oleh mereka ini!


Pastinya ramai dikalangan kita yang suka melancong bukan?

Tidak kira la melancong di dalam negara mahupun diluar negara, samaada melancong seorang diri, bersama kawan, dengan family, melalui pakej ataupun bersama  rombongan. Samaada anda ingin mengembara sebagai backpacker atau photography , sekalipun melancong atas urusan perniagaan mahupun bersuka ria / merehat minda, tak salah jika kita mengutip sedikit ilmu melalui pembacaan buku-buku berunsur pengembaraan seperti dibawah ni kan?


Tambah-tambah pulak jika ada tawaran promosi diskaun 20% untuk buku-buku pengembaraan seperti ini, rasanya amat rugi jika tidak diambil peluang memiliki satu atau lebih buku tersebut, bukan?

Antara buku yang boleh kalian miliki ialah :


Travelog Haji Muslimah: Rindu Menggamit ke Pintu Syurga            
(RM 25.00 RM 20.00)

Travelog Haji Muslimah, catatan perjalanan seorang hamba Allah dari sudut pandang wanita. Tidak seperti jemaah lelaki yang dianugerahkan kekuatan bagi melaksanakan ibadat haji, jemaah wanita juga menghadapi cabaran, kepayahan dan kemanisan yang tersendiri, sebagai seorang wanita. 

Buku ini menghidangkan dimensi yang berlainan daripada siri-siri haji yang sebelumnya dipelopori oleh lelaki. Turut membicarakan berkenaan hukum-hakam berkaitan ibadat haji bagi wanita, kata-kata hikmah dalam bahasa santai dan mudah. 

Wanita juga memiliki kelebihan dalam jihad, sebagaimana Rasulullah menyatakan, "Jihad bagi warga tua, kanak-kanak, golongan yang lemah dan wanita adalah haji dan umrah." (Direkodkan oleh Sunan an-Nasaa'i).
  

Travelog Haji Mengusik Hati
(RM 50.00  RM 40.00)

Catatan perjalanan haji yang indah dan penuh emosi ini dirakamkan secara eksklusif dalam “Travelog Haji; Mengusik Hati”. Buku ini adalah kompilasi 3 buah buku yang terbaik, hasil tulisan Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim iaitu “Travelog Haji”, “Travelog Dakwah”, dan “50 Tip Motivasi Haji”. 

Sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, bukan agamawan mahupun ulama, beliau menulis daripada perspektif yang berbeza, namun sudut pandangnya tetap indah dan mampu membuai emosi pembaca. Sebagai seorang profesor dan juga golongan profesional, beliau juga berkongsi kaedah yang sistematik dan praktikal untuk memudahkan pelaksanaan ibadah haji.


Travelog Haji + VCD (Edisi Kemas Kini)
(RM 29.00   RM 23.20)

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. 

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.


Panduan Memborong di China
(RM 17.00   RM 13.60)

Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk sesiapa sahaja yang mahu mengaut keuntungan sehingga 600% dan memborong pelbagai barangan pada harga yang begitu murah.

Panduan dalam buku ini membimbing anda bermula dari rumah anda di Malaysia, menjaga keselamatan anda daripada ditipu, menemani anda memborong di China, membantu anda membawa pulang barangan borong ke Malaysia, dan yang paling penting, memuaskan hati anda dengan keuntungan sehingga 600%.

I’m A Backpacker: Korea
(RM 23.00 RM 18.40)

Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.

Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda. 

Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti


Travel Photography
(RM 15.00   RM 12.00)

Bagi kebanyakan orang, cuti adalah waktu berehat, bersantai dan beriadah. Bagi peminat fotografi, waktu cuti dianggap sebagai kesempatan mencari sasaran foto dan pulang ke rumah dengan foto-foto yang cantik. Oleh itu, setiap kali keluar berjalan-jalan, mereka tidak pernah lupa membawa kamera dan juga pelbagai aksesori. 

Dalam buku ini, terdapat semua panduan dan teknik berguna bagi mendapatkan hasil foto yang diinginkan. Bermula daripada persiapan perjalanan, menyediakan peralatan, sehingga bersahabat dengan kawan-kawan baru bagi mencapai peluang mendapatkan karya-karya yang mengagumkan. Berjalan-jalan sambil merakam foto adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan! 
  

Travelog MR. Traveller
(RM 25.00   RM 20.00)

Travelog MR.Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10, 000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

Segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi. Pelbagai kisah suka dan duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami dengan kisah-kisah throwback ketika mengembara di negara-negara lain.

Namun adakah perjalanan yang dilaluinya semudah seperti yang direncana dan bagaimana ?


Travelog Minda Tajdid: Catatan Dari Tanah Barat 
(RM 16.00  RM 12.80)

Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.

Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpkasikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.

"Wahai Allah yang Maha Hidup, wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata."


Aku Ingin Kembara Lagi
(RM 17.00  RM 13.60)

“Aku Ingin Kembara Lagi" merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford.

Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat jatuh kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya. “Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham.

Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada saya untuk terus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.


UK Aku Mai
(RM 25.00  RM 20.00)

“Buku ini bercerita tentang pengalaman orang Malaysia di Manchester dari sudut-sudut trivia yang jarang didendang. Ditulis dengan santai dan kasual tetapi menggarap makna yang begitu deep dan thought-provoking. Saya suka!” - Dr. Rem Dambul, penulis.

 “Terasa sangat dekat dengan semua situasi yang diceritakan dalam buku ini kerana 2 faktor; mengenali shahkang secara peribadi dan pernah tinggal di Manchester. Namun paling menarik adalah pembaca dapat melihat situasi-situasi ini dari perspektif seorang shahkang. Sungguh, banyak pengalaman menarik yang telah direkodkan didalam buku ini. Bacaan ringan yang amat menarik.” - Ahmad Hakym bin Ahmad Hilmy, pengasas KL Sketchnation.


Rindu Bau Pohon Tin
(RM 18.00  RM 14.40)

Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi ? rasa? dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa.

Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana.

Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!


Dari Tanjung Malim Ke KLCC
(RM 20.00  RM 16.00)

Dalam masa 7 tahun menempuh perjalanan dari Tanjung Malim ke KLCC, aku dah menghabiskan 227 hari semata-mata duduk di dalam bas. Kalaulah ianya perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. Tapi malangnya aku tak dapat ke bulan, yang aku dapat cuma sebuah buku sebagai kenangan.

Dari KLCC Ke Tanjung Malim
(RM 20.00  RM 16.00)

Tanjung Malim ke Kuala Lumpur. Kalau ikut Google Map, kira-kira 83 kilometer jauhnya. Maknanya, setiap hari Fdaus Ahmad @ Pidomat, menempuh perjalanan pergi-balik sejauh 166 kilometer untuk ke tempat kerja, dengan menaiki bas.

Buku ini adalah himpunan cerita-cerita yang ideanya tercetus sepanjang perjalanan pergi-balik beliau setiap hari. Semuanya adalah perkara-perkara sebenar yang berlaku di sekeliling beliau. Kadang-kadang, beliau bercerita tentang keluarga. Kadang-kadang, kalau ada ‘mood’, beliau tulis cerita “agama-agama”. Ini adalah buku beliau yang kedua.

Buku yang pertama, Dari Tanjung Malim Ke KLCC ‘laku keras’ di pasaran dan boleh didapati di toko-toko buku terkemuka tanah air.


Diari Musafir Jangan Berhenti 'Berlari'
(RM 35.00  RM 28.00)
Pengalaman-pengalaman yang dilalui Dr. Zaharuddin semasa menyambung pengajiannya diluar negara, karenah-karenah penduduk di sana, kepayahan dan keazamannya memang banyak yang boleh dijadikan iktibar. Cabaran sebagai pelajar, ketua keluarga, pendakwah yang menuntut pengorbanan masa, wang dan tenaga memang menginsafkan kita yang tak seberapa ini.

… Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi ini erana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian….Dr. Zaharuddin Abdul Rahman


Menalar Makna Diri
(RM 25.00  RM 20.00)

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Daulah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi.

Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) beliau di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa.

Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40-an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.
  

Secangkir Teh Pengubat Letih
(RM 25.00  RM 20.00)

Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.

Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!

Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam. Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata – segalanya terangkum di dalamnya…


Di Hamparan Shamrock
(RM 30.00  RM 24.00)

Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom.

Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami.

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan rencah kehidupan seorang musafir yang sentiasa mencari makna di sebalik setiap tanda tanya serta ujian kehidupan yang melanda.


Travelog ET - Kembara Afghanistan
(RM 25.00  RM 20.00)

Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahaman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik daripada Pakistan.

Semangat untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan.

Yang biasa kita dengar diberita utama dunia hanyalah tentang bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan.

Semoga kisah beliau menjadi teladan dan juga inspirasi kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki di Afghanistan juga satu hari nanti.


Pengembaraan Tanah Jepun
(RM 25.00  RM 20.00)

Din Akar seorang pemandu kren yang sudah lama berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Pada suatu hari, dia ke Jepun.


Islam Di Barat Muslim Di Timur
(RM 25.00  RM 20.00)

Travelog ini adalah hasil daripada refleksi peribadi Dr Zulkifli Hasan terhadap persekitaran, keadaan, suasana termasuk emosi dan perasaan semasa kembara ilmu, dakwah dan spiritual. Secara khususnya, ia melibatkan destinasi Mekah - Madinah - Gaza - Kaherah - Rafah - Alexandria - Zagaziq - Tokyo -Kyoto - Sendai - New York - Chicago - Dallas - Boston - Indianapolis - Washington DC.

Travelog pengembaraan di Timur dan Barat ini memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada Dr Zulkifli daripada pelbagai aspek kehidupan. Beliau menyaksikan bagaimana beberapa nilai Islam diamalkan di dunia Barat manakala dunia Islam pula meninggalkan nilai-nilai Islam yang sepatutnya menjadi pegangan dan budaya umat Islam.


Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana 
(RM 25.00  RM 20.00)

Kau tahu Kabumen itu di Jogja kan?
Ya, tahu.
Jadi Christina itu pula di mana? 
Copenhegen.
Copenhegen? Di mana itu Mir? 
Denmark.
Aduh, berapa jauhnya Denmark itu? 
Sudahnya, sampai bila agaknya kau nak lari? 
Sampai jumpa.
Gila. Kalau pun jumpa, kau ingat berapa lama kau nak sampai ke Denmark sana? 
Gila mana pun, aku perlu cari Si Dia.

Memang macam inilah perangainya.
Amer, kalau ini rasanya Gila, biar aku terus Gila Seperti ini. Jangan sedarkan aku.
  

Pemburu Kesepian di bumi Geordy
(RM 26.00  RM 20.80)

Buku ini merupakan catatan ala travelog mengenai pelbagai corak kehidupan yang berjaya dikutip oleh penulis dari tahun 2007 sehingga 2009, hasil sebahagian daripada permukimannya di Durham, England.

Pengisahan pengalaman dalam buku ini dipersembahkan dengan kepelbagaian fakta, pengalaman peribadi, humor, anekdot-anekdot dan juga pelbagai nasihat untuk dijadikan renungan bagi para pembaca. Antara kisah dan pengalaman yang mencuit rasa dan mampu menjentik minda bawah sedar para pembaca ialah kisah-kisah perjuangan umat Islam untuk survive di bumi yang majoritinya non-Muslim. Ada juga kisah teladan tokoh-tokoh non-Muslim yang perjuangannya melebihi perjuangan Muslim itu sendiri.

Manakala pengalaman-pengalaman lain seperti perihal penulis dan sahabatnya menyertai demonstrasi jalanan di London, Bonfire Night di UK. Turut dikongsi juga pengalaman penulis ketika berpuasa dan berhari raya di Durham Justeru buku ini juga menyediakan info-info pengetahuan secara am yang berlaku di luar negara dan jarang didengar di Malaysia. 


Cuti-Cuti Halal
(RM 25.00  RM 20.00)

Sebuah buku panduan mengenai percutian. Ia merangkumi pelbagai tips termasuk persediaan sebelum bercuti, barangan yang perlu dibawa, pemilihan penginapan, pengangkutan dan sebagainya.

Buku ini juga mengandungi soal jawab mengenai percutian, panduan beribadat ketika bercuti dan doa-doa terpilih.

Lebih menarik, ia turut menyenaraikan beberapa tempat pelancongan dan percutian menarik di seluruh Malaysia. Ia akan membuatkan anda tidak sabar untuk bercuti.


Dari Andalusia Ke Amerika
(RM 26.00  RM 20.80)

Naskah ini menelusuri sejarah zaman perkembangan dan kegemilangan Islam. Dalam jangka masa 100 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Islam telah tersebar ke Asia Tengah (Transoxiana) di sebelah timur hingga ke Sepanyol dan selatan Perancis di sebelah barat.

Ketika zaman kegemilangannya, umat Islam menguasai pelbagai bidang ilmu dan berjaya membangunkan tradisi saintifik yang memajukan terus berkembang, seiring pembangunan kota-kota Islam dan kemajuan sains dan teknologi. Dorongan hebat untuk meluaskan empayar Islam menyebabkan mereka meneroka daratan dan membelah lautan Atlantik hingga ke benua Amerika.

Terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan penerokaan umat Islam merentasi Altlantik dan menemui Dunia Baru. Bermula daripada catatan awal ahli sejarah Islam Al-Mas’udi tentang pelayaran Khash khash bin Sa’eed bin Aswad dari Kordoba, pelayaran Ibn Farrukh, catatan Al-Idrisi, pelayaran Syeikh Zainuddin Al-Mazandarani dan ekspidisi kerajaan Mandinka dari Mali, telah memberi maklumat bermakna dalam menyusun cebisan sejarah awal umat Islam.


Menjejak Cinta Di Bumi Tuhan
(RM 26.00  RM 20.80)

Inilah cerita Wardah Abdullah, puzzle hikmah yang dicantum satu persatu, membawa dia merentasi 18 negara, bertemu 38 manusia berbeza.

Apa yang mereka berikan kepada Wardah agar dapat kembali Menjejak Cinta di Bumi Tuhan



Cara Pembelian:

Whatsapp tajuk buku ke 019 - 251 3447

Note : Promosi Potongan 20% hanya sah dari 3 hingga 15 Disember 2015 sahaja. Selepas dari tarikh tersebut hari kembali ke pada harga asal


No comments:

Post a Comment