Musim hujan best jugak layan lempeng kan?


Lempeng ni boleh dikira sebagai makanan rakyat marhaen atau lebih tepat lagi makanan orang kampung. TAPI....

Zaman sekarang ni lempeng pun ada dijual di kedai makan mahupun di restoran jugak kan. So istilah kata lempeng adalah makanan orang kampung dah kurang sesuai kot. Tapi rasanya kebiasaan yang dijual di restoran, lempeng kelapa tu kan, tak pun lempeng yang dah dimodified mengikut cara moden. Kalau lempeng simple atau lempeng bodo-bodo yang bahannya cuma menggunakan tepung gandum + air + sedikit garam cam ni ada jugak ke dijual di kedai makan?


Kebiasaannya masa zaman kecil-kecil dulu kalau ada baki gulai ayam atau daging yang agak banyak, even sekadar tinggal kuah gulai tu je semata, keesokan paginya mesti antara 3 menu dibawah ni yang akan menjadi pilihan iaitu :

  • Nasi goreng kosong (nasi yang digoreng bersama Ikan bilis + Bawang merah + cili padi + sedikit Garam)
  • Cekodok masin (Tepung gandum + air + sedikit garam)
  • Lempeng kosong (Tepung gandum + air + sedikit garam)

Even sekarang pun masih juga suka menu yang simple macam ni.

Rasanya lain tempat dan lain orang cara penyediaan lempeng juga berbeza kan. Ada yang sama penyediaanya dengan hanya menggunakan 3 bahan utama tu sahaja, ada juga resipi lempeng yang ada penambahan telur dan baking powder. Walau apa pun cara penyediaannya, cara membuatnya lebih kurang sama je kan.


No comments:

Post a Comment