Bawal Emas Masak Stim Lemon


Pertama kali sebenarnya beli Ikan Bawal Emas ni, dan kiranya ini jugak la pertama kali nak rasa / makan ikan ni. Sebelum ni setiap kali pergi ke pasar setakat pandang sebelah mata je, tak pernah tergerak hati nak membelinya pun. Tah macam mana kali ni boleh terbeli , pastu tak tahu nak masak style apa , nak digorengkan je ke, nak digulaikan / dikarikan ke , nak dibakar ke, last-last decide buat masak stim/kukus je.


Alhamdulillah, pilihan untuk mengukus sahaja ikan ni boleh dikatakan pilihan yang tepat la jugak.

Sedap!!!.


Bila sentuh bab ikan bawal ni, teringat akan satu perkongsian di FB yang menyatakan ikan bawal ni antara ikan yang kurang elok di makan kerap. Atau lebih tepat lagi, menurut perkongsian tersebut kaum wanita tidak boleh makan ikan bawal hitam (selain itu ikan pari dan ikan terubok juga termasuk antara ikan yang tidak sesuai dimakan oleh kaum wanita juga). Tak boleh disini disebabkan Ikan bawal hitam dikatakan sebagai ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.

Tertanya-tanya jugak bagaimana pulak dengan ikan bawal emas ni ya?
Satu lagi, sejauh mana kesahihan perkongsian tentang ikan bawal tidak boleh dimakan oleh kaum wanita itu juga masih menjadi tanda tanya. Betul atau tidak ada sesiapa yang boleh sahkan, dari sumber mana jika betul ada penyataan sebegitu?

Pada saya apa sahaja yang kita ambil perlu diambil secara sederhana. Terutama pada zaman sekarang ni, zaman dimana banyak sumber semulajadi mula tercemar.

Resipi Ikan Bawal Emas Stim Lemon

Sumber : Diari Seorang Suri Yang Bekerja Dari Rumah

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 ekor ikan Bawal Emas - bersihkan
  • 3 ikat serai *mayang halus-halus
  • 2 biji cili merah besar *mayang halus ; ganti dengan cili padi dalam 7 biji
  • 3cm halia muda (nak guna halia tua pon boleh cuma halia muda ni lagi sedap rasanya kalau tergigit pon) *mayang halus
  • 1 labu bawang putih *mayang halus
  • 2-3 biji bawang merah *mayang halus
  • 2 biji tomato (dibelah empat atau kalau nak hiris halus-halus pon boleh juga)
  • 1 batang lobak merah (dipotong bulat-bulat)
  • 3 labu bawang jeruk (dibelah dua)- tak letak sebab tak de
  • 1 biji lemon * hiris nipis
  • 2 sudu sos tiram
  • garam, gula 

Cara-cara untuk membuatnya pula :


* Menggunakan Pengukus
  1. Panaskan pengukus.
  2. Bahagi 2 kesemua bahan , untuk diletakkan dibahagian bawah ikan dan atas ikan
  3. Kukus / stim ikan sehingga masak. Lebih kurang 10 - 15 minit
  4. Sedia untuk dihidangkan

* Menggunakan kuali
  1. Dalam kuali tu masukkan terus ikan dan segala bahan yang telah dihiris.
  2. Masukkan air (agak-agaklah kan, jangan banyak sangat sebab nanti bukan stim namanya tapi dah jadi singgang)
  3. Masukkan siap-siap perisa seperti sos tiram, garam, gula dan juga lada sulah (lada sulah ni sebenarnya pilihan tetapi entahlah sejak dua menjak ni suka pula kalau ada rasa lada sulah)
  4. Buka api dan tutup kuali, bila nampak macam ikan di bahagian bawah dah masak, balikkan pula
  5. Stim ni jangan lama sangat sebab dikhuatiri isi ikan akan hancur jadinya masak dalam 10-15 minit sahaja (atau bila dah tengok ikan dah masak)
  6. Bila dah rasa cukup rasa masam, manis, masin dan pedas tu, bolehlah hidangkan.

No comments:

Post a Comment