Kuah santan Untuk dimakan dengan Emping


Tak tahu ada nama atau tidak kuah ni, tapi yang pasti ianya dibuat khusus untuk dimakan dengan emping. Memang sedari kecil memang suka sangat makan emping dengan kuah sebegini. Suka letak kuah ni banyak-banyak dan empingnya sedikit. Sedap!

Ada yang pernah jumpa dan pernah makan emping dengan kuah sebegini juga ke?


Rasanya dah susah nak jumpa makanan tradisianal camni kan. Even jikalau sebut emping sekalipun  pun belum tentu generasi sekarang kenal kan? Apatah lagi emping yang dimakan bersama kuah sebegini. Jika makanan tradisional sebegini kita tak ambil tahu cara membuatnya, rasanya mahu hilang ditelan zaman, berkubur bersama generasi lama.

Lagipun tak semua resipi makanan tradisional tu cerewet pembuatnya, ada yang semudah abc ada juga yang tak dinafikan agak cerewet untuk menyediakannya. Seperti kuah emping ini, untuk membuatnya tidak la cerewet mana. Malah bahan yang digunakan juga tak banyak. Antara bahan yang diperlukan ialah :

  • Kelapa Parut dari sebiji kelapa
  • Telur ayam kampung 3 biji
  • Daun sirih 1 atau 2 helai
  • Gula merah secukupnya
  • Sedikit gula pasir
Cara membuatnya :
  1. Perah kelapa parut bersama telur dan daun sirih. Ulang perah sehingga habis santannya


  2. Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula merah dan gula pasir
  3. Masak santan dan gula tadi sehingga mendidih dengan api yang sederhana , ianya hendaklah sentiasa dikacau ( note : cara memasaknya lebih kurang sama seperti kita membuat agar-agar santan, kacau santan dan biarkan ianya mendidih membentuk lapisan santan+telur seperti dalam gambar diatas)

Kalau tiada emping, kuah ini juga sedap dimakan dengan roti kosong.


Nota Jejari : antara makanan tradisional kesukaan!

No comments:

Post a Comment