Bahulu Rose Versi acuan Cermai


Rasanya resipi Bahulu rose ni lebih sesuai dibuat dalam versi kek daripada versi bahulu tradisional yang menggunakan acuan kecil-kecil tu. Tu pendapat saya la, sebabnya bila saya buat bahulu biasa menggunakan acuan dengan resipi bahulu rose ni, bahulu yang terhasil kurang memuaskan hati.

Bukan tak sedap, tapi kurang dari segi teksture bahulu tu yang mana kurang kena standart bahulu yang diinginkan. Lain kali jika mahu menggunakan resipi Bahulu Rose saya akan buat dalam versi kek sebagaimana yang disarankan dalam resipi asal.



Sekalipun masih mahu menggunakan resipi ini dilain kali, dengan menggunakan acuan khusus membuat bahulu, rasanya perlu dikurangkan kuantiti gula dan tepung . Paling tidak pun tambah bilangan telur disamping perlu mengekalkan kuantiti bahan-bahan yang lain. Mungkin boleh guna sukatan 1 cawan untuk setiap bahan yang digunakan, itu lebih mudah!



Resipi Bahulu Rose
Sumber : Myresipi

Bahan-bahan

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah

Cara-cara membuatnya

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
  2. Masukkan esen rose
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam. 

No comments:

Post a Comment