Drama Tundukkan Playboy Itu - Beli Novel pada Harga Diskaun


Drama lakonan Uqasha Senrose & Hafidz Rosdi "Tundukkan Playboy Itu" yang bersiaran di slot Akasia TV3 , ada yang mengikutinya ke?

Dah baca novelnya ?

Kalau belum baca, nak tak beli Novel "Tundukkan Playboy Itu" ?

Mungkin bagi yang belum pernah baca novel tertanya-tanya jugakkan ada beza ke jalan cerita "Tundukkan Playboy Itu" versi drama dan versi novel?



Ya la kan, kebiasaannya jalan cerita drama dan novel tak sama 100%, even feel baca novel juga berbeza dengan menonton drama. So kalau nak tahu jawapan kepada persoalan yang bermain kat fikiran korang tu, nak tahu gambaran jalan cerita dari awal hingga akhir ke, pe kata beli novel ni sekarang!!!


Malas mak ke kedai buku? Tiada masa nak keluar beli?

Zaman sekarang ni mudah sahaja, semuanya boleh dibuat secara online kan. Bagi yang betul-betul berminat untuk jadikan novel ini sebagai koleksi peribadi, kalian boleh pilih salah satu cara pembelian dibawah:






Untuk membeli klik sahaja link di bawah :
---> Beli Disini <--- Perlu sign up / daftar


  1. Atau Whatsapp tajuk buku ke 0192513447

Sinopsis Novel "Tundukkan Playboy Itu" :

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

No comments:

Post a Comment