Ketahui 4 Cara meletakkan Nombor waris di telefon (persediaan untuk situasi kecemasan)


Rasanya ramai juga yang suka lock screen telefon kan?

Ya la ada sesetengah tu tak nak anak-anak main handphone sampai tersend masej tah apa-apa samaada di whatsapp, telegram mahupun Facebook. Mungkin juga ada yang mahukan privacy tidak mahu phone nya di"geledah" tanpa kebenaran. Tak kurang juga yang sekadar ikut trend, lihat kawan buat lock screen dia pun nak buat jugak.

Tak kira la walau apa pun alasan kalian, rasanya tips meletakkan nombor waris di screen telefon perlu di pertimbangkan. Alasannya cukup mudah, "Malang Tidak Berbau" dan tidak salah kita " Sediakan Payung sebelum hujan" kan?


Meletakkan nombor waris di screen telefon amat berguna untuk 2 situasi dibawah:
  1. Kemalangan jiwa / situasi kecemasan - Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK. Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK. 
  2. Tertinggal/Hilang Phone - Jika yang menjumpai telefon kalian tu seorang yang jujur dia akan cuba memulangkan phone tersebut kepada kalian. Bayangkan kalau phone LOCK ? Walau pun ada cara lain yang boleh diguna pakai samaada hantar ke balai polis, atau war-warkan di facebook atau selainnya, TAPI bukankah lebih mudah jika diletakkan nombor untuk dihubungi!!

Dibawah ini dikongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK. Jadi ia memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.
Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana dibawah:

1. Menggunakan Setting Owners Info di Telefon

LENOVO
1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency


SAMSUNG
1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency

ASUS
1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

XIOMI
1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency
Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.


2. Download Applikasi ICE ( In Case of Emergency) di Telefon

IPHONE (APPLE)
To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emegency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.


3. Edit Gambar dengan meletakkan nombor untuk dihubungi , jadikan gambar tersebut sebagai " Lock Screen Image"
Atau pun boleh juga letak info untuk dihubungi tu di "lock screen image". Caranya edit siap-siap gambar yang nak diletakkan di "lock screen" dengan memasukkan no. phone atau maklumat lain, boleh edit guna applikasi PicsArt atau mana-mana applikasi edit gambar.


4. Print maklumat nombor untuk dihubungi dan tampal di belakang phone anda
Satu lagi cara boleh print details nombor untuk dihubungi atau apa-apa details yang berkaitan di kertas berpelekat. then lekatkan sahaja di belakang telephone kalian.


Selain letak nombor telefon boleh juga letak

  1. Alamat - (Tapi tak berapa digalakkan, sebab ada yang kata boleh mengundang jenayah lain)
  2. Maklumat perubatan - penyakit, alahan, jenis darah dan sebagainya




No comments:

Post a Comment