Idea bakar roti tanpa oven ini cukup menarik untuk diguna pakai


Idea bakar roti tanpa oven berserta tips ini hasil perkongsian dari Puan Mastila Mohd Noh di Facebook Group Masak Apa Hari Ni..(MAHN). Idea yang cukup berguna bukan sahaja untuk yang tiada oven malah bagi yang ada oven juga terutama bila berhadapan dengan situasi ketiadaan bekalan elektrik sewaktu adunan roti telah sedia untuk dibakar  (atau oven tersimpan dalam bilik stor dan agak "malas" untuk mengambilnya)

Sebenarnya idea membakar kek/kuih dengan menggunakan periuk sebegini telah lama dipraktikkan oleh orang-orang terdahulu, samaada menggunakan dapur kayu mahupun dapur gas. Cuma cara bagaimana ianya dilakukan kurang diketahui oleh kebanyakan dari kita. Adalah penting untuk kita mengetahui tips dan teknik yang betul bagaimana kaedah membakar roti diatas dapur gas bagi mendapatkan roti yang masak smpurna.


Jika tersilap cara boleh menyebabkan roti yang terhasil tidak masak sempurna samaada hangus atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan periuk rentung.

Antara tips memasak roti diatas dapur gas ialah:
1. Menggunakan periuk yang besar - lebih besar dari dulang yang digunakan untuk meletak doh roti.
2. Menggunakan alas kaki tiga sebagai pelapik dulang doh roti - ini bagi menjarakkan dulang doh dengan permukaan dasar periuk .
3. Periuk haruslah berpenutup dan semasa proses membakar jika mahu melihat samaada roti telah sempurna dimasak atau belum , seeloknya buka sedikit sahaja penutup periuk bagi mengelakkan haba panas terbebas  keluar . Seeloknya hanya buka penutup periuk selepas 10 minit proses pembakaran.
4. Api yang digunakan haruslah sederhana kecil
5. Try n error - saiz periuk dan tahap nyalaan api dapur semasa memasak menjadi penentu berapa lama masa yang diperlukan untuk membakar roti.

Dibawah diserta kan screenshot tips dari Puan Mastila Mohd Noh.




Resipi  
Boleh cuba mana-mana resipi roti 

1 comment: