Tips Pelaburan Hartanah yang patut anda baca!


Zaman sekarang ni jangan sesekali kata tak minat menimba ilmu bab hartanah. Terutama wanita ya, jangan malas-malas , jangan kata tak de kaitan ke, belum masanya lagi ke, walau apa sahaja alasan korang paling tidak pun ambil tahu serba sedikit. Even korang hanya seorang surirumah tangga sepenuh masa, yang pada mata sesetengah orang berpendapat "isteri yang duduk rumah ni, suami ada untuk sedia atau urus serba serbi bab-bab hartanah ni"

A big NO.. NO.. ya

Kalau ada suri rumah yang fikir dia tak perlu tahu bab hartanah ni semua, dan hanya serah pada suami sahaja urusan nak beli rumah ke atau apa-apa urusan yang melibatkan hartanah sekalipun, harap tukar fikiran ya.

Sebagai isteri , kita kena tahu serba sedikit hal-hal hartanah ni semua, paling tidak masa nak beli rumah kita boleh beri pandangan ke kan. Kekadang ilmu yang sedikit tu mampu menolong kita diwaktu yang tak terjangka, mungkin berguna waktu kita nak jual rumah atau di masa hadapan kita berhasrat ingin menjadikan rumah yang kita miliki sebagai sumber pendapatan tidak kira la rumah tersebut ingin dijadikan sebagai rumah sewa, homestay atau sebagainya.

Ok la sebenarnya bukan la nak kongsi tips yang gempak-gempak pun, cuma jika kalian ingin belajar asas berkaitan hartanah mungkin buat permulaan ni kalian boleh mula dengan membeli dan membaca buku-buku berkaitan hartanah dahulu.

Lebih kurang macam ni la, kalau kita nak bina rumah kita kena kukuhkan tapak nya dulu kan. Camtu la jugak halnya dengan ilmu berkaitan pelaburan hartanah ni. Seeloknya sebelum kita sertai mana-mana bengkel atau seminar berkaitan hartanah , kita kena la tahu serba sedikit hal-hal berkaitan hartanah, baru la nanti kita mudah nak tangkap apa yang disampaikan.

“Bakal jutawan hartanah… Jika ada RM50,000, mereka beli kedai. Jika ada RM5,000 mereka beli rumah. Jika Cuma ada RM50, mereka beli buku.”ROHANIAH NOOR

Antara buku-buku yang kalian boleh jadikan rujukan ialah:
  1. Own A Property At 25 / George Leong
    Discover the reasons causing the lack of affordability among people to buy a property and more importantly, how to overcome the problem of the homeless generation.
  2. Bijak Hartanah / Asharil Suhardi Abdullah
    mengupas cara mudah mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk dijadikan aset dan akhirnya memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada memanipulasi strategi tanpa sebarang masalah. Selain itu, ia turut mengupas keperluan utama yang melingkari putaran hartanah rumah lelong selain pautan-pautan tambahan yang boleh anda jadikan sandaran dalam melangkah lebih jauh lagi.
  3. 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan Di Malaysia / Khairul Anuar
    Apa sahaja jenis pinjaman perumahan yang anda untuk membeli apa sahaja jenis hartanah, buku ini akan membantu anda memahami dokumen-dokumen yang anda tandatangani apabila anda mengambil pinjaman perumahan. Buku ini mengandungi semua soalan (dan jawapan) yang perlu anda tanya peguam anda sebelum menandatangani sebarang pinjaman perumahan.
  4. Beli Rumah Kababoom! / Rohaniah Nor
    Padat dengan jurus dan tips beli rumah dengan bijak. Poket gembira tak menyesal punya
  5. Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan / Azizi Ali
    Maksimumkan pendapatan anda dan minimumkan masalah anda.
  6. Bagaimana Hendak Menjadi Jutawan Hartanah (Edisi Terkini 2015) / Azizi Ali
    Hartanah telah menjadi salah satu mekanisma pembinaan kekayaan yang telah teruji dengan perjalanan masa. Ia telah menjadi sumber pendapatan yang amat baik sejak beratus tahun dahulu. Buku ini, susulan kepada Bagaimana Hendak Menjadi Tuan Rumah Jutawan, menerangkan apa yang perlu anda lakukan, bagaimana melakukannya, bila hendak melakukannya dan mengapa anda perlu melakukannya. Ia akan menunjukkan kesemua langkah demi langkah supaya anda boleh mendapat faedah daripada pelaburan hartanah
  7. Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun atau Kurang - Edisi Kedua / Azizi Ali
    Memaparkan strategi-strategi bagaimana melangsaikan pinjaman perumahan anda dalam tempoh lima tahun atau kurang. True Wealth Handbook ini memberikan segala panduan praktikal yang anda perlukan untuk memiliki hartanah anda secara mutlak lebih cepat daripada yang anda sangka.
  8. 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia / Khairul Anuar
    Menjawab segala persoalan dan memberi idea mengenai apa yang bakal dihadapi dalam proses pembelian hartanah. Ia berkonsepkan ‘soal-jawab’ segala pertanyaan munasabah yang perlu anda tanyakan kepada peguam anda.
  9. Buat Duit Dengan Bisnes Homestay / Jasaiyani Sa'ad
    Cara memulakan bisnes Homestay, Rahsia mendapatkan wang poket banyak dengan kerja yang selesa, Bantuan praktikal untuk menangani masalah perkhidmatan penginapan, Teknik untuk tidak gagal cubaan pertama, Formula berusaha sedikit untuk untung banyak daripada pelaburan aset yang rendah
  10. Panduan Membeli Rumah Pertama Anda / Emrull Iqbarullah
    Panduan lebih mudah dan prktikal untuk membeli rumah pertama anda. Pembongkaran rahsia bagaimana untuk membeli rumah dan tinggal secara percuma. Mengajar anda menjadi jutawan hartanah dalam usia yang muda lagi!
  11. Pelaburan Hartanah Tanpa Modal [Jootawan] / Saufi Karim
    Pelaburan hartanah ialah suatu pelaburan di mana anda membeli rumah atau premis perniagaan yang belum siap atau sudah siap pada harga yang lebih rendah. Di dalam buku “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal” ini anda akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman kehidupan penulis yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi khusus buat bakal pelabur hartanah baru seperti anda.

No comments:

Post a Comment