Belanja RM15 untuk rebut ganjaran pahala yang berterusan.


Jika diberi peluang untuk meraih ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada kalian, mahukah kalian rebut?

Dan peluang itu pula kalian boleh dapat dengan hanya berbelanja RM 15.00 sahaja, tidakkah rugi jika kalian mengabaikannya?

Allah s.w.t berfirman :-

 مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ 
سورة البقرة : ۲٦١
Mafhumnya :-
“ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.
( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )


Peluang yang dimaksudkan ialah peluang mewakaf Al-quran dan Buku Bahtera Penyelamat.

Seperti yang kita sedia maklum, Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
( Hadis Riwayat Muslim )



Terma & Syarat :

  1. 1 Naskhah RM15.00 (20 Naskhah keatas 13.00 ). Tiada pakej harga & kuantiti selain ini ditawarkan.
  2. Tidak boleh pilih kaver Al-Quran. 1 kotak mempunyai 5 naskhah untuk setiap design kaver Al-Quran.
  3. Whatsapp "Wakaf Al-Quran RM 15 " ke 019 2513447


Note : 1 - 19 Naskhah: Kami akan kumpul & carikan lokasi wakaf yang sesuai.
20 Naskhah ke Atas: Anda boleh tentukan ke mana Al-Quran perlu diwakafkan atau serahkan kepada kami.

SENARAI PENERIMA WAKAF AL-QURAN 2016 

NOPENERIMA WAKAFALAMATKUANTITI DIPERLUKANKUANTITI DIHANTARTARIKH HANTAR
1MASJID KOTA DAMANSARAJalan Sepah Puteri 5/21, Seksyen 5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.80  
2MADRASAH TAHFIZ DARUS SUNNAHLot 911, KM 8.4, Kampong Padang Melangit, 01000 Kangar Perlis50  
3PENDIDIKAN DARUL IZZAHLot 2145 Kampung Perupok, 06900 Yan Kedah.70  
4PUSAT PENGAJIAN WARGA EMAS DARUL ILMILot 43760A,jln Sri penchala 1,Kg Sungai Penchala,60000 K.L30  
5YAYASAN KEMANUSIAAN MUSLIM AID MALAYSIA8-1-2 Mutiara Bangsar, Jalan Liku, 59100 Kaula Lumpur100  
6PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL HASAN KUALA LUMPURNo. 1 Terminal IKS PD Pantai Dalam (Kawasan Lapang), Jalan Pantai Dalam, Taman Gasing Indah, 59200 Kuala Lumpur100  
7PENGAJIAN KELAS TADABBUR (PENERBITAN AL BAKARI)713 Jalan Haji Shafiee, Jalan Besar, Sungai Bakap, 14200 Sungai Jawi100  
8RUMAH ANAK-ANAK YATIM SALIMAH,Lot 102, Kg. Aur, Mukim Telong, 16310, Bachok, Kelantan65  
9MADRASAH TAHFIZ AL-JAUHARlot 1512,lorong ampang,kampung lukut,81900,kota tinggi,johor10  
10MAAHAD DARUL FAIZINjalan bukit panchor,14300,nibong tebal,seberang perai selatan,pulau pinang20  
11MAAHAD TAHFIZ QURRATUL AINLot 1999, Kg Kanchong Tengah, 42700, Banting, Selangor.25  
12RUMAH ANAK-ANAK YATIM NUR HIKMAHLot 11552 Jalan 18, Taman Mesra, 43000 Kajang selangor60  
13MADRASAH TAHFIZ AL QURAN HIDAYATUL MUTTAQINNo 1 Jalan Akuatik 13/67B, D'Kayangan Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor.100  
14PUSAT KECEMERLANGAN ASSYAFIEsb708,lubuk meriam,13300,tasek gelugor,seberang perai utara,pulau pinang20  
15RUMAH ANAKYATIM & MISKIN D'NASTINO: 11, Lorong Bukit Setongkol Maju 47, Bukit Setongkol Maju, Perkampungan Cenderawasih, 25200 Kuantan, Pahang80  
16MADRASAH AL-HANAFIAH KULIMMalau, 09020 Kulim Kedah30  
17SEKOLAH BINA INSANd/a Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra,
43000 Kajang, Selangor
80  
18MAAHAD TAHFIZ DARUL HADIS SABAHmaahad tahfiz darul hadis sabah.30  
19SEKOLAH RENDAH AKADEMIK HAJI ABDULLAH SUBOHJalan Sungai Emas Hujung, 08500 Kota Kuala Muda Kedah60  
  JUMLAH YANG DIPERLUKAN1110  



Sekiranya mempunyai peruntukan yang lebih boleh pilih  untuk mewakafkan al-quran  seperti dibawah:
 Klik Pada Gambar untuk Details




No comments:

Post a Comment