Koleksi Buku-buku Indie dari pelbagai penerbitan


Buku indie tu buku apa?

Buku bagaimana yang dikatakan sebagai buku indie?

Kenapa dinamakan sebagai buku indie?

Apa perbezaan buku indie dengan buku-buku yang lain?

Mungkin ada diantara kalian juga terfikir persoalan-persoalan di atas. Apapun jawapannya, kalian fikirkan dan cari jawapannya sendiri. Di bawah ni saya senaraikan antara buku dalam kategori BUKU INDIE yang kalian boleh beli dan baca;


Seperti Biasa jika ada di antara buku-buku dibawah ni yang kalian ingin beli, cara nya ;

Whatsapp "tajuk buku" ke 019 2513447 . Pembelian 3 buku ke atas layak untuk mendapat diskaun 10%.

 1. CATATAN MATLUTHFI (RM 25.00) 
Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.

2. Momen2 Matluthfi (RM 25.00)
Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.

3. Saiful Nang: Kisah Orang Menang (RM 30.00)
Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan.

4. The Other Side of the Coin (RM 25.00)
There is more than one side to any coin. It means that with any one way of looking at something in life, there will be a different way or different ways of looking at it.

5. I’m A Backpacker: Korea (RM 23.00)
Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

6. Travelog MR. Traveller (RM 25.00)
sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10, 000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan.

7. Amran Fans (RM 25.00)
Buku ini bukan bodoh punya barang, kerana kebodohan Amran hanya untuk mereka yang berakal.

8. DIAgnosis (RM 20.00)
DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.

9. I’m A Backpacker: Europe (RM 25.00)
buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.

10. Pilo Toq (RM 18.00)
Buku Pilo Toq ini mungkin tidak akan buat anda ketawa... tetapi, jika anda tersenyum simpul ketika membacanya - itu pun lebih baik daripada cukup buat saya dan penulis-penulisnya! Tetapi, kalau anda nak ketawa terbahak-bahak ketika membacanya pun kami tak kisah.

11. Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? (RM 20.00)
Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaiman hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggalkan budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi.

12. Advantura Pulang Ke Malaya (RM 25.00)
Berbekalkan RM8000, aku berbasikal merentas 18 negara sejauh 11,000 km demi mengajar impian melihat dunia. Aku memulakan misi berbasikal ini hanya beberapa hari selepas aku tamatkan pengajian ijazah pertama jurusan Kejuruteraan Mekanikal di University of Sheffield, UK.

13. Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang (RM 20.00)
“…apalah guna sekolah-sekolah didirikan; kalau tak dapat mengajarkan yang mana benar, dan yang mana tidak…” – Praemodya Ananta Toer

14. UK Aku Mai (RM 25.00)
“Buku ini bercerita tentang pengalaman orang Malaysia di Manchester dari sudut-sudut trivia yang jarang didendang. Ditulis dengan santai dan kasual tetapi menggarap makna yang begitu deep dan thought-provoking. Saya suka!” - Dr. Rem Dambul, penulis.

15. #KIPIDAP - Ayahanda Rani Kulup (RM 19.00)
Siapa sebenarnya Ayahanda Abdul Rani Kulup yang kini menjadi fenomena seantero negara?

16. PROGNOSIS 1 (RM 25.00)
Buku yang berada di tangan anda ini merupakan buku perkongsian pengalaman penulis mengharungi cabaran-cabaran untuk bergelar dan berkhidmat sebagai seorang Doktor.



 17. HIKAYAT CALAQISYA (RM 25.00)
"Syabas dan tahniah saya ucapkan. Diharap dengan terhasilnya penulisan ini, dapat mendorong anak muda dan rakyat Malaysia mengikuti jejak kejayaan pasangan usahawan berjaya ini. Insya Allah, semua akan terkesan dan dapat memulakan perniagaan dengan semangat daripada manfaat buku ini.

18. Rekahan Jiwa (RM 15.00)
Ini bukan buku puisi, atau kata pujangga. Jauh sekali karya sastera.

Ini hanyalah catatan rasa seorang manusia terhadap Tuhannya dan alam sekelilingnya.

19. Pengembaraan Tanah Jepun (RM 25.00)
Din Akar seorang pemandu kren yang sudah lama berhasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Pada suatu hari, dia ke Jepun.

20. Travelog ET - Kembara Afghanistan (RM 25.00)
Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahaman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik daripada Pakistan.

21. La Adri : Berkata aku tidak tahu adalah sebahagian dari ilmu (RM 17.00)
Ilmu itu ada tiga bahagian:

Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu).

22. HAMKA - Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (RM 22.00)
Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana.

23. DIAgnosis 3: Mortuari (RM 25.00)
Bukan senang untuk menjadi seorang Doktor. Bersedialah mental dan fizikal. Doktor bukan setakat belajar ilmu kedoktoran semata-mata. Doktor harus wajib berani berdepan dengan malaikat izrail yang akan menyapa depan-depan.

24. Dari KLCC Ke Tanjung Malim (RM 20.00)
Tanjung Malim ke Kuala Lumpur. Kalau ikut Google Map, kira-kira 83 kilometer jauhnya. Maknanya, setiap hari Fdaus Ahmad @ Pidomat, menempuh perjalanan pergi-balik sejauh 166 kilometer untuk ke tempat kerja, dengan menaiki bas.

25. Tora Datang Lagi (RM 25.00)
"Buku Tora Datang Lagi ini berupaya mengenang memori retro dengan jelas dan terperinci. Menghabiskan buku ini sama seperti menyusun balik memori hidup mengikut timeline zaman kanak-kanak. Kita jumpa semula yang hilang, kita imbau balik yang sudah terlupa, kita bina balik blok-blok gambaran hidup zaman kanak-kanak dan segala keriangannya. Selepas ini kita tidak perlu bimbang jika aktiviti atau scene kanak-kanak kita terlepas dari ingatan. Simpan buku ini dan apabila hendak mengingat, bacalah. Bacalah untuk diri sendiri, bacalah untuk anak-anak dan bacalah untuk cucu-cicit di suatu masa nanti.”

26. Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia (RM 23.00)
Sebuah buku bola sepak yang membuatkan setiap rakyat Malaysia tunduk muhasabah diri.

Kecuali Sultan Bola dan konco FAM baginda

27. Dari Tanjung Malim Ke KLCC (RM 20.00)
Dalam masa 7 tahun menempuh perjalanan dari Tanjung Malim ke KLCC, aku dah menghabiskan 227 hari semata-mata duduk di dalam bas. Kalaulah ianya perjalanan tanpa henti, maka sudah pasti aku sampai ke bulan. Tapi malangnya aku tak dapat ke bulan, yang aku dapat cuma sebuah buku sebagai kenangan.

28. Yak Bok Te. (RM 20.00)
Adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa Kelantan, yang tidak mempunyai maksud. Tetapi sering digunakan ketika melatah dan terkejut.

Perkataan Yak Bok Te boleh disifatkan senasib dengan perkatan "Ek Eleh" yang tidak punya maksudh tetapi bila digunakan pada tempat-tempat tertentu dan memberi maksud yang berbeza.

29. #Village People (RM 25.00)
Abang rasa tak semua #VillagePeople kenal Kak Leha Bunting, Sarabanon, Naabella Hijabis dan Cikyam kan? Baik mengaku! Sampai hati #VillagePeople memperkotak-katikkan abang.

30. Rosmoh: Perempuan Puaka (RM 20.00)
Bagi Rosmah, tohmahan sebagai dalang bagi kematian demi kematian di Kampung itu ibarat bernafas di hujung tali gantung. Keadaan bertambah buruk apabila anak gadis Shahrizat si mulut celupar turut menjadi mangsa. Mereka jadi gila. Semua jadi histeria. Apabila seluruh penduduk kampung mengecam keras Rosmah yang baru berhijrah dan mengenakan purdah, bapanya naik amuk. Namun, misteri tetap gagal dirungkai. Hantu wanita berpurdah terus menjadikan anak dara sebagai korban.

Siapakah wanita berpurdah itu? Siapa sebenarnya Rosmah?

31. Membedah P. Ramlee (RM 25.00)
Buku Membedah P.Ramlee ini bukan buku biografi atau pun ulasan teknikal filem. Namun ianya lebih kepada catatan-catatan pengalaman peribadi aku menonton filem-filem P.Ramlee. Apa yang aku nampak dan aku rasakan.”

32. Berlari Dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiana (RM 25.00)
Kau tahu Kabumen itu di Jogja kan?



 33. Desaturasi Merah Jambu (RM 20.00)
Desaturasi – proses penepuan warna yang mengalami tindak balas kimia lalu merubah sifat daripada jelas ke pudar dan hitam gelap.
Desaturasi Merah Jambu – catatan-catatan dari blog tersohor perempuanjomblo.blogspot.com

34. Pedagogi Bahasa Tertindas (RM 20.00)
Dari penulis best seller Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang.

Dan Pengerusi Teach For The Needs, sebuah organisasi bukan kerajaan berteraskan pendidikan.

35. Hilang & Jumpa (RM 19.90)
Sebuah novel klasik. Tiga sahabat bertemu sesuatu yang hilang daripada mereka tanpa sedar, di tempat yang paling mereka tidak jangka. Ikuti kisah suka duka jatuh bangun tiga sahabat di bumi Sheffield. Mana tahu, Anda juga akan terjumpa sesuatu yang tidak disangka.

36. GPS Cinta Aussie (RM 25.00)
Ah, sudah! Baca buku agama, pergi kuliah agama, tapi bila berdepan dakwah sebenar, kelu seribu bahasa. Aku yakin, tuhan hantar aku ke bumi Australia bukan saja-saja, tapi dengan dua tujuan. Pertama, study. Kedua, tunjukkan bahawa Islam itu sempurna.

37. #JANGANKATAABANGTAKPAYUNG (RM 25.00)
Kisah ini sudah lama. Editor yang seorang ini, datang dan kemukakan cadangan dia. Dia kata, nak ambil status2 FB saya yang lama2, status2 yang terpilih, buat jadi buku.

38. DIAgnosis 2 (RM 30.00)
Moga sekuel DIAgnosis ini mampu membuka mata semua yang hidup ini hanya persinggahan sementara dan tujuan kita bernyawa tidak lain tidak bukan ialah untuk menjadi hamba. Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka.

39. Jom Tanya Murabbi Osem! (RM 23.00)
Membantu menjawab persoalan hangat yang selalu ditanya seperti: Cinta, rumahtangga muslim, dakwah, kerjaya, kewangan, kehidupan, mengurus stress dan sebagainya

40. ORANG NGOMONG, ANJING GONGGONG (RM 20.00)
Ini adalah buku paling KURANG AJAR yang orang Melayu pernah hasilkan semenjak Tanah Melayu merdeka

41. AKU _____, MAKA AKU ADA. (RM 20.00)
Usah ajari aku bagaimana menjadi Muslim. Engkau tak semua tahu. Dan aku tak selalu jahil.

42. Keldai Dan Kitab (RM 20.00)
Menerusi ‘Keldai dan Kitab’, saudara Azman Hussin telah memuatkan pelbagai buah fikiran yang wajar ditilik kemas oleh umat khususnya anak muda, untuk lebih memahami kenapa, dan bagaimana wajar kita harus bertindak secara penuh waspada dalam menangani pelbagai kemelut dan tribulasi yang tiada persempadanan.

43. Alif Lam Lam Ha (RM 20.00)
"Ini adalah renungan yang mustahak dari kaum muda Malaysia yang resah.  Sekelompok anak muda Indonesia pernah melakukan perenungan semacam ini di tahun 1990-an lewat buku Mencari Islam. Tapi kumpulan ini lebih luas lagi dari sekadar mencari Islam. Kalian mencari keMalaysiaan (Malaysianity) di antara keragaman puak dan agama yang kadang terbelah dan sering enggan bertukar-sapa. Dari tuan puan inilah struktur sosial masyarakat Malaysia yang terbelah dan mungkin cuma mengikat-ke-dalam itu (bonding), akan terjumpa jembatan (bridging).

44. Aku Kafir, Kau Siapa? (Jangan Jawab) (RM 20.00)
Ooi Kok Hin mencari perjalanannya dalam naratif yang ada tetapi dengan cara yang berbeza. Untuk tulisan ini, beliau telah melakukannya dengan rasa cinta yang hebat.

45. Head With Serban (RM 20.00)
JANGAN SIBUK NAK ‘BERGETAR TULANG RUSUK’,
KALAU SUBUH PUN NAK KENA KEJUT SAMPAI ‘BERGEGAR TIANG RUMAH’.

46. Budak Hostel Otaknya Sewel (RM 25.00)
“Jangan pegang. Bila aku kata jangan pegang bermakna jangan cuit, jangan gesel, jangan tekan, jangan buat apa-apa pada awek yang tengah tidoq!”

47. Selfie Hati (RM 25.00)
Kalau kau ‘SELFIE’ hati kau, adakah kau sanggup menayangkan kepada dunia, lantaran kotornya ia??

48. Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi (RM 25.00)
Tiada darah yang keluar. Mungkin kulit kaki beliau sudah kebal sehingga kaca tersebut gagal menembusi lebih dalam. Anak itu bangun semula, lalu kembali menyertai rakan-rakannya berlari.


 49. GANTUNG (RM 19.90)
Sehinggalah peraturan itu dilanggar... dan seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian--

50. 365 (RM 30.00)
Ada apa sebenarnya dengan 365?

51. Babi: Bercinta di Balik Api (RM 20.00)
Cinta itu hanya dibirai katil. setelah habis aksi diranjang,maka habislah cinta itu. Aku bangga bila wanita seperti aku sering dinobatkan Lady of the Month oleh pihak kelab malam. Dosa? Kalau takut dosa kenapa ada manusia berpangkat ustaz, berjimba-jimba di kelab malam. Malah seronok dalam dakapan manusia-manusia seperti aku. – Pauziah

52. Agong Tanpa Tengkolok (RM 25.00)
Himpunan tulisan ini cuba menyelak kesan-kesan kuasa pada agama, budaya, wacana dan fikiran yang terkekang itu mempengaruhi pula isu-isu kuasa dan jaringannya yang dalam merasuk dasar batin.

53. Borak-Borak Berisi (RM 19.90)
"Ringkas tapi padat. Pengajarannya relevan buat semua individu kerana memfokuskan prinsip-prinsip asas dalam kehidupan. Kupasan penulis boleh dijadikan mukadimah yang baik untuk perbincangan dan refleksi diri yang lebih mendalam, dan ia amat diperlukan kini." 

54. Cursing Malay: Buku 1 (RM 20.00)
Revolusi imaginasi ideologi politik semuanya bermula dari  satu idea yang ditulis atas kertas dengan pen. Atau zaman sekarang, papan kunci.

55. Nazi Goreng (RM 25.00)
Terjemahan dari naskah asal tulisan Marco Ferrarese

56. Acah-Acah #Deep (RM 18.00)
Meletup di Youtube, dan sekarang dia menulis buku

57. GELAP (RM 19.90)
Setiap satu nyawa yang hilang diganti dengan sekeping nota bernombor. Masa bukan teman. Apa mereka sempat merungkai mesej si pelaku? Dapatkah mereka lari daripada cengkaman GELAP ini?

58. Saya Bukan Fanatik (RM 20.00)
'Saya Bukan Fanatik' mengandungi isi spiritual gaya alternatif, membawa buku bacaan agama ke satu taraf baru tak skema.

59. PATUNG (RM 19.90)
“Jangan takut. Aku hanya mahu berkawan dengan kau, kau sunyi dan perlukan aku, aku kan comel. Aku janji aku akan bantu kau. Kau percayakan aku, kan Orked?"

60. #Cerita Seram 2: Angker (RM 18.00)
"Sekiranya anda taksub dengan cerita hantu seperti saya, saya tak pasti samada anda sanggup bertukar tempat/hidup bersama Jarr ataupun lari sepuluh tiang. Pengalaman yang tak semua dapat rasai terdapat dalam naskah ini." - @YasminHaniCLPT, Pelakon, Pengacara

61. Benz Ali: Antithesis (RM 23.00)
Orang itu, Mengkritik

62. #Cerita Seram 1 (RM 18.00)
Mak aku pernah cakap, dari kecil lagi aku ni mampu untuk lihat benda-benda ghaib yang tak mampu manusia biasa lihat.

63. 7 Tahun 7 Hari (RM 20.00)
7 Tahun 7 Hari' menjerut kerongkong menyesakkan nafas menahan kebenaran terkandung-- suara Diana Nuzuin seolah berbicara terus ke telinga menyentap jiwa merobek hati. 

64. AJAIB (RM 18.90)
Nama aku Izaq. Dan ini kisah kami, budak-budak berumur 12 tahun yang terperangkap dalam masalah orang dewasa: ‘mereka’, ‘itu’, dan sedikit yang AJAIB. 


 65. Saring Sebelum Mereng (RM 20.00)
Buku ini adalah koleksi tulisan-tulisan Mat Rodi yang mengajak masyarakat untuk memilih pendirian tanpa perlu memihak.

66. Aku Tak Peduli (RM 25.00)
Pedas, sinis dan penuh dengan penulisan tajam dan teliti. Aku Tak Peduli mungkin satu-satunya artifak internet zaman kegemilangan blogosfera Melayu yang kekal relevan hingga hari ini.

67. Cerpen Sentap (RM 25.00)
Untuk mereka yang rasa bahawa cintanya pada pasangan sebelum nikahnya adalah cinta yang tulus suci murni kerana Allah dan kekal sampai ke lubang kubur, tapi mereka lupa bahawa cinta yang sebenar adalah apa-apa cinta yang membawa ke Syurga dan beri pahala, bukannya dosa dan Neraka

68. Satu Sudu Teh Selepas Makan (RM 20.00)
beli dan baca buku ini! Mungkin kita akan belajar sesuatu daripadanya. Mungkin juga, jika ada rezeki, kamu akan terserempak dengan penulis-penulis ini di klinik atau di bilik bedah- jangan lupa untuk hulurkan buku ini dan minta autograf mereka ya! "Kami bedah pakcik dulu ye... dah sedar kang, saya sign!""

69. Utopia Masyarakat Lambak (RM 25.00)
HARI INI KITA TERPUKUL OLEH DUA BALA NYATA DAN BAHAYA.

70. KACAU (RM 19.90)

71. The Red Saka (RM 25.00)
"Merah itu darah. Saka itu aku.

72. Kita Akan O.K (RM 25.00)

73. Tarbiah Basah (RM 25.00)
“Bilakah kali terakhir hatimu DIBASAHI Iman?”

74. Saka (RM 20.00)

75. Sudahlah Politikus (RM 25.00)
“ Selamat membaca dan bersedia untuk menahan amarah anda, samada kepada penulis mahupun pihak-pihak yang ditujukan oleh si penulis!” – Dr Maszlee Malik, Penganalisis Politik

76. Masharakat Melawan Mahasiswa (RM 20.00)
Dan yang akan menghisap lelehan darah, menghirup lapisan lemak, menggigit dan menjilat daging sehingga ke tulangan itu ialah kaum pedagang. Mereka inilah tuan kepadala pengembala, pemilik sebenar ladang, anjing dan berbiri itu sendiri.

77. Serenity (RM 20.00)
Bisikan kepada mereka, bumi ini hanya lakonan, yang tersimpan rahsia akhirat.

78. Biohazard - Antologi Cerpen (RM 25.00)

79. BAYANGAN CLARISSA (RM 20.00)
Tahun 2014. Rangkaian internet dimomokkan dengan emel berantai tentang seorang gadis kecil bernama Clarissa yang didakwa telah membunuh semua ahli keluarganya dan staf hospital tempatnya dirawat akibat gangguan mental. Dia kemudiannya dihapuskan demi mengelakkan orang lain menerima nasib yang sama. Dihapuskan dengan cara yang menggerunkan. Siapa sahaja yang tidak mengendahkan kandungan emel tersebut dikatakan akan menemui ajal di tangan Clarissa sendiri dengan cara yang menggerunkan.

80. Catatan Seorang Askar (RM 20.00)
Jasni seorang pelayan sebuah restoran di Suria KLCC. Pada suatu hari dia berhenti kerja dan masuk askar.


81. Terminal Cinta Kaherah (RM 25.00)
Gadis pertama yang membuatkan hatiku tertawan tatkala meminjakkan kaki ke bumi Urdun ini. Dia peramah, riang, ceria, sopan orangnya. Bertubuh sederhana, berkaca mata, mempunyai rona mata yang sayup. Uhh.. Siapa yang tidak tertawan.

82. Amuk Malam Merdeka (RM 20.00)
Novel komedi satira yang mengisahkan Hang Tuah, Hang Jebat dan Munsyi Abdullah muncul di kota Kuala Lumpur tahun 2015. Mereka bertemu Hadi, seorang kartunis hebat yang menghadapi masalah mencari idea untuk mengembalikan semula kegemilangan karyanya.

83. #Cerita Seram 3: Syaitan (RM 23.00)
“Assalamualaikum bang, saya bapa kepada pesakit katil hujung tu. Boleh kita borak kejap kat luar?” tegur seorang bapa pesakit dari wad yang sama. “Semalam Farish nampak hantu ke bang?” pemuda tadi memulakan bicara. “Dia cakap ada pocong datang tengok dia. Biasalah bebudak, dah sakit gitu macam-macamlah meracau.” Bob cuba berdalih tak mahu sensasikan cerita semalam.

84. Route To IPB (RM 20.00)
"Buku 'Route To IPB' ni bukanlah semata-mata pengalaman penulis berkecimpung dalam gerakan usaha atas iman, tetapi juga pengalaman hidupnya yang saya kira agak menarik.

85. Orang Hodoh Cantik (RM 16.00)

“Orang Hodoh Cantik mengisahkan tentang seorang jejaka manja dan lembut menjadi bengis dan hatinya bengkak apabila ada gadis menabur garam dalam air tehnya.” – Mat Tiara

86. Muslimeen United (RM 10.00)
Kisah 20 Susuk Bola Sepak Muslim Tersohor.

87. Voyage (RM 25.00)
Aku menarik nafas panjang sebelum memulakan perjanalan, meninggalkan orang-orang yang aku amat sayang di belakang. Beberapa potongan ayat suci Al-Quran aku baca, berdoa supaya Allah yang Maha Mengetahui mempermudahkan segala urusan aku di tempat orang.

88. Mencipta Mimpi (RM 25.00)
Siapa sangka takdir telah menemukan Arif dan Wati dalam situasi tanpa rencana lagi penuh kejutan. 

89. Mat Kampung Ketiar (RM 20.00)
Mat Jan seorang pemuda yang lari dari tentera untuk berkahwin dengan gadis pilihannya, Putih Janiah Binti Sohok. Pada suatu hari, ketika sedang menanti kelahiran anaknya yang keempat, Mat Jan disondol babi hutan. Telurnya hilang sebiji.

90. Pendek Mabuk Gila (RM 20.00)
AKAB punya cerita bukan pasal orang mengelamun, tapi apa yang ada dalam lamunan.

91. Sebungkus Kuaci Cap Helang (RM 20.00)

Begitulah Dr. Mat Saleeh dalam buku Sebungkus Kuaci Cap Helang - sebuah penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku seputar kehidupan diri dan masyarakat setempat pada tahun-tahun 70an dan 80an, terutama di tempat dia dibesarkan - Chemor, Perak [dan beberapa tempat lain].

92. Bercakap Dengan Jun (RM 20.00)
Saya ingin bercerita tentang saya dan dia. Tentang magis yang tidak boleh dijumpai dengan hanya menarik keluar seekor arnab dari topi panjang dan berkata behold!

93. DUNIA TANPA TUHAN (RM 20.00)
Ini adalah ceritera mengenai perjuangan menentang manusia yang ingin menjadi Tuhan.  Ini adalah ceritera mengenai konspirasi antara paranormal dan realiti. Ini adalah peperangan antara malaikat dan manusia untuk menghalang Hari Kebangkitan palsu. Ini adalah perjuangan Hedo mencari Tuhan dalam kehidupan moden yang kosong. 

94. Lelaki Di Sebalik Pulau (RM 20.00)
Lalu bagaimanapun kesemua fungsi bidang ini harus aman berrsatu di bawah sebuah perlembagaan nan suci, demi memayungi rakyat pelbagai latar, ras, dan budaya dalam membentuk sebuah negara bangsa yang sejahtera

95. Surat-Surat Cinta Yang Tak Tersampaikan (RM 20.00)
Buku ini mengandungi 51 pucuk surat cinta yang terpilih daripada ratusan surat cinta yang kami terima; ditulis dengan pelbagai rasa untuk pelbagai jiwa, ahaks. Ya, 51 adalah angkat yang ganjil, sama ganjil dan ruwet dengan cinta itu sendiri, dan surat-surat yang ruwet ini memang belum pernah sampai kepada penerimanya lagi. Mungkin, 1 daripada 51 pucuk surat cinta tersebut ditujukan kepada kamu. Manalah nak tahukan...

96. KALA LANGIT RUNTUH (RM 20.00)
Kalau tak ada orang macam kita ini, bersepah-sepahlah perempuan kena rogol sana-sini. Berpuluh-puluh bayi kena buang setiap bulan. Bangga sikit dengan kerja kita ni!”


97. Jurnal Hidup Mati (RM 20.00)
Tajirin Faruqi melampias nafsu atas kanvas dengan calitan contengan warna-warna absurd disalut ayat-ayat dari lubuk otak luar kotak. Jurnal Hidup Mati adalah koleksi tulisan random Si Sewel ini.

98. Kitab Pengetahuan Hantu Malaysia (RM 20.00)
Mengupas beberapa persoalan yang selama ini tak berani ditanya. Kenapa wanita-wanita yang kematian suami lebih menyenangi kehadiran Hantu Raya? Bagaimana cara untuk menangkap kepala yang berterbangan bersama-sama usus-ususnya? Apakah yang harus kamu lakukan jika kamu mendengar bunyi “kak-kak-kak-kak” di tengah malam? Terokai asal-usul, sifat-sifat dan tumit-tumit Achilles roh-roh pelbagai bangsa yang menghantui Malaysia.

99. ENAM KAKI DALAM (RM 20.00)
Enam Kaki Dalam | Sebelum Jadi Hitam | Di Hujung Picu | Sakit Tapi Nikmat | Tiga Dalam Segi | Pistol tanpa Peluru | Enam Jadi Sembilan | Belum Tumbuh Gigi | Bukan Jalan Tuhan | Apa Dalam Baju Kiamat Yang Terbatal | Anak Tong Sampah | Goyah Abang Goyah | Kedai Gunting Rambut | Jalang Cikgu Jali | Hikayat Ibnu Sabil | Gadis Berbaju Ungu | Digoda Minah Saleh | Aku Benci Zombi | Enam Kaki Dalam

100. Orang Pahang Berlawan Bola Dengan Viking (RM 20.00)
Kumpulan cerpen : Cinta Seorang Jurutera Jalan  |  Putera Gunung Tahan (Hardcore) |  Kisah Cinta Saintis dan Mekanik |  Bang, Api Ada? |  Cerita Cinta Tipu |  N.H.K.L.M |  Orang Pahang Berlawan Bola dengan Viking |  Jefri |  Palat Sepanjang Jalan

101. SYAITAN KE SYURGA (RM 20.00)
Kiamat yang sudah dibuka lembarannya sejak penciptaan Nabi Adam akhirnya bakal ketemu kepada pengakhirannya. Adakah kiamat ini sudah terancang atau sengaja dirancang? 

102. Mampusnya Sokrates Meneguk Racun (RM 25.00)
“Nak masuk Zohor dah, aku dah ada wdhuk. Kalau kau baca sikit lagi, mungkin kau dapat rasa Sokrates ini seolah seorang muslim” kata Khaidir sambil mengibas sejadah.

103. (PRE-ORDER) Imagikata (RM 20.00)
Sebuah antologi cerpen X-traordinari

104. ANTARA DUA SANGKAKALA (RM 20.00)
“Setinggi mana pangkat darjat, sedalam mana lautan yang kau selam, bertimbun mana emas permata yang kau gali atau berapa banyak amal ibadat yang kau rasa kau dah buat, jangan lupa ada Tuhan memerhati, ada malaikat mencatat.”

105. HANGAT TAHI AYAM (RM 20.00)
Segala sesuatu ada mulanya kecuali Dia, dan ini mulanya Bukan Dari Jibril - sewaktu komputer masih gedabak, dan disket adalah peti pandora paling berharga, membawa hingga ke zaman privasi cuma ada di ruang jamban. Dari kisah cinta ala Bollywood - ke luahan rasa lewat puisi - beralih ke persoalan hidup dan pemikiran tentang hal keMelayuan - meleret ke kritikan dan sindiran separa berat akan hal yang lebih umum - hingga akhirnya selepas Bukan Dari Jibril membawa pula ke percubaan mengarang kisah akhir zaman inspirasi barat yang lebih gemar mengkaji ramalan langit berbanding kita penganut agama langit itu sendiri.

106. Cerita Budak Design (RM 20.00)
 aku rasa takdir aku menjadi seorang designer sangat penuh dengan hikmah. Walaupun kadang-kadang, aku masih lagi terkeliru. Jadi, untuk aku hilangkan kekeliruan tu, aku tulis buku. Supaya, satu hari nanti bila aku terkeliru lagi, aku baca buku ni, boleh buat aku tersedar kembali bahawa satu masa dulu aku adalah seorang designer yang ada visi . Ataupun tidak.

107. Anekdot Rabak (RM 20.00)
Anekdot Rabak adalah tulisan-tulisan jarang Mohd Jayzuan yang bertahun lama terperuk dalam arkib. Meneroka era gelap ke patah hati hingga menjadi penulis resah gelisah

108. Mujaddid dari India (RM 20.00)
Tatkala dunia Islam kian ranap dek kesesatan yang dibawa oleh Akhbar Khan, Allah telah menghantar seorang mujaddid untuk membetulkan keadaan. Beliau ialah Mujaddid Alfu Thani Syaikh Ahmad Sirhindi a-Faruqi, seorang ulama tasawuf yang membuat penambahbaikan ke dalam tarikat Naqsyabandi. Tarikat itu kemudian dikenali sebagai Naqsyabandi Mujaddidi.

109. BERAT SEBELAH KIRI (RM 20.00)
Merawat mata yang pernah buta daripada melihat kecondongan yang terjadi, memulihkan telinga yang pernah mendengar hanya daripada satu mulut.

110. BUKAN LAWAN MANUSIA (RM 20.00)
“Pemusnah dunia yang dahulunya dikurung dengan susah payah Iskandar Zulkarnain bakal kembali mengganas menggila di muka bumi. Siapa Yakjuj? Siapa Makjuj? Barangkali kau, boleh jadi aku.” 

111. Lesong (RM 20.00)
“ Ini naskah himpunan catatan peristiwa , pandangan dan harapan yang digarap dalam
Bentuk mudah berpengaruh . Mengetengahkan nilai manusiawi dan idea kebebasan , Lesong
Menyajikan perbezaan dengan saduran rencah politik , cinta , hak asasi dan pergelutan hidup

Dalam sebuah citra yang sinikal dan romantis .” 

112. Transgenesis (RM 25.00)
Apa yang bermula sebagai sebuah kes pembunuhan seorang tauke balak, menjadi semakin rumit dengan kehadiran gadis misteri berambut hijau. Ada masanya dia datang sebagai kawan, dan ada masanya sebagai lawan yang menakutkan. Siapa sebenarnya gadis misteri ini?

Para penyelidik daripada Institut Trans-DNA beria-ia mahu menjejak gadis misteri itu. Apakah rahsia yang mahu diselindungi?


113. BALA TENTERA TUHAN (RM 20.00)
Muhammad bin Abdullah? Atau Muhammad bin Hassan?  Dua pemimpin besar Islam muncul tatkala dunia mahu berakhir. Namun benarkah dunia akan berakhir? 

114. NYAWA TANPA BAYANG (RM 20.00)

“Dunia masih indah, dan punya banyak misteri yang boleh diterokai, dan jauh lebih bermakna jika dibandingkan dengan merenung dunia melalui skrin monitor kerdil.” 

115. KEMBALI KE BUMI (RM 20.00)
Jangan kau pernah bermimpi mahu menjadi tentera Imam Mahdi, jika semasa aman kau hidup berperlakuan seperti tentera Yahudi.

116. Gugurnya Azazil (RM 25.00)
“Kelainan Gugurnya Azazil adalah baur balik latar masanya yang meneroka tiga dunia sekali gus, menjalinkan suatu kisah luas yang menjadikan karya ini suatu pengalaman bacaan yang amat mengujakan.” – Nor Azida Ishak

117. SUARA DARI LANGIT (RM 20.00)
Suara aneh bergema dari langit ke pelosok bumi.  Didengari oleh setiap isi. Mungkin ini permulaan invasi. 

118. Melankolia Bisu (RM 20.00)
Kumpulan puisi sarat dengan kata-kata angau mengagau menagihkan kasih pada yang terpilih. Keperitan rasa ragu yang tak pasti membentuk 'melankolia bisu' yang lantang berteriak dari hati yang tak putus berharap dan pastinya belum mati. Sefa akan kekal di sini, merayakan sakit dalam puisi

119. TANAH TUMPAH DARAH (RM 20.00)

Apabila kau lebih mahu menjunjung langit, barangkali kau tidak sedar kaki yang selama ini menginjak bumi sudah terjungkit naik. 

120. Opah Gangnam Style (RM 20.00)
“Ini kisah dan coretan opah sebagai anak perantau di negeri abang gangnam. Selama lima tahun opah merantau, sudah tiba masanya opah berkongsi bedtime stories dengan cucu-cucu opah.

121. Lelaki Simpanan (RM 20.00)
Ini adalah selingkar kisah lelaki-lelaki Kampung Fatimah Kacip yang bermain bolasepak persahabatan dengan pasukan kampung sebelah untuk merebut piala District Officer (DO) yang penuh dengan skandal rasuah, lemah urus tadbir, doping, lemah urus tadbir dan sex 'runcit-runcit'.

122. AKU. DIA. DUNIA. (RM 20.00)
Andai satu hari nanti, Ilmu itu jadi transaksi, Pasti mereka berpusu-pusu, Berlari telanjang ke sekolah, Merangkak rangkak ke universiti, Hanya untuk garap sedikit kata tahu, Agar dapat mereka jadikan belanja harian, Ini hanyalah andaian, Jangan gusar, Duit masih lagi ruji dunia kita.

123. Nama Ai Alusmitai (RM 20.00)
Aku lupa, entah Plato, entah Socrates, yang duk kata, "Cinta yang hebat selalunya berakhir dengan kekecewaan." Dah lama sangat dah aku tak berapa percaya denngan cinta. Kalau orang tanya, cinta itu apa? Aku jawab, entah!

124. Kumpulan Puisi Mek Bah (RM 25.00)
Telefon berdering,  Mek…  L.A jom?  L.A/ Los Angeles? Tak main KB. Pergi dengan apa? Jet peribadi. Jet siapa?

125. Limelight Faizal Hussein (RM 30.00)
LIMELIGHT menceritakan bagaimana mengekalkan tahap profesionalisme beliau sehingga sekarang untuk dikongsi dengan sesiapa yang ingin menceburi dalam karier yang sama atau mahukan gambaran awal mengenai amalan industry perfileman tanahair.

Faizal juga menceritakan bibit-bibit manis berlakon dalam enam filem terpenting di dalam hidupnya; Antara filem-filem yang membawanya melonjak naik ialah Gila-gila Remaja (1985), Kanta Serigala (1992), XX Ray (1993), Fantasia (1994), Leftenen Adnan (2000) dan Bunohan (2012)

126. SUMPAH ANAK IBLIS (RM 20.00)
“Hati kecil aku sebenarnya ketawa, kerana mudahnya manusia terpesong. Yang memang tidak beriman, aku tidak kisah. Yang bodohnya mereka yang kononnya beriman kepada Allah, Islam, Solat, Zakat, Puasa, Haji. Semua dibuat.”

127. Faith and the Machine (RM 25.00)
“Who made the rule that only humans can be Muslims? There was even a time when people believed there were Muslim djinns and spirits. What’s wrong with a Muslim android?” – Act of Faith

128. Kancil-Man (RM 20.00)
Johari seorang punk rocker. Pada suatu hari dia membantu masyarakat Kampung Tempoyang menjayakan program menyambut Ramadan.


129. Maybe Bukan Maybelin (RM 15.00)
Setelah mencetuskan 'kontroversi' dengan Rahsia Victoria, Bart Ahmad muncul sekali lagi dengan Maybe Bukan Maybelin yang cuba menjawab soalan yang tidak terungkai seawal kewujudan manusia seperti "kenapa perempuan ambil masa yang lama untuk bersiap." 

130. Komrad Cinta (RM 22.00)
Shahrol seorang wartawan. Dia mempunyai makwe cun bernama Fariza yang baru sahaja curang terhadapnya. Pada suatu hari, Fariza dan pakwe baharunya mati.

131. Zombi Rumi (RM 20.00)
Saya fikir kampong saya ini sememangnya penuh dengan malapetaka dan malapetaka paling besar apabila kebijaksanaan dibiarkan tersimpan sahaja di dalam kocek baju dan akhirnya terus lesap setelah baju dimasukkan ke dalam mesin basuh.

132. Audi Alteram Partem (RM 30.00)
“Cerpen Aidil Khalid… membawa kelainan… membijaksanakan pembaca dengan mengutarakan suatu pemikiran baru… mempunyai elemen humor… [dan] juga mengkritik adat Melayu.” –Laporan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 bagi cerpen Taaruf dalam kategori cerpen eceran

133. Mak Kau Hijau! Realiti Budak Melayu (RM 20.00)
“Korang rasa susah nak ajar budak? Korang rasa budak-budak sekarang ni kurang ajar, tak reti hormat? Memang, tak senang beb nak jadi cikgu, semua pengalaman aku berdepan dan uruskan budak-budak kategori ‘nakal’ ni aku sumbat dalam buku ‘Mak Kau Hijau!’ ni. Sebab tu, buku ni korang WAJIB baca! Bukan setakat cikgu-cikgi, bahkan mak abah, abang kakak, jiran tetangga, atuk nenek pun boleh baca! Aku bukan cikgu yang perfect tapi itu tak bermakna aku tak boleh buat apa-apa untuk ubah anak-anak murid aku.Kalau korang tak boleh buat semua, korang jangan tinggalkan semua. Kalau korang faham basic ni, mengajar dan mendidik akan menjadi benda yang korang paling suka, sebab ni lah saham akhirat korang. “

134. Resesif (RM 25.00)
“Pernah lihat bayi yang dilahirkan berkulit biru?” “Engkau tak akan merasa sakit, Marisa. Selama-lamanya engkau tidak akan memahami apa ertinya perasaan sakit itu,” “Nanti kalau kau jatuh cinta dengan dia, tak nak balik Bumi, macam mana? Semua orang tahu Bumi lebih baik dari planet buruk ni!”

135. Dompet Kulit Buaya (RM 20.00)
Okay, kau nak jadi jantan sebab itu kau sedang pegang buku ini. Tetapi kau memang silap besar sebab ini bukan sebuah buku. Seorang jantan tidak baca buku untuk jadi jantan. Seorang jantan baca resit kedai makan, resit tempar parkir kereta, bil elektrik, bil air, butang baju, kad ATM, tiket wayang, gambar awek, kad doktor, dan kotak ubat sakit perut.

136. Timbul Tenggelam (RM 30.00)
TIMBUL TENGGELAM adalah komentar sosial Tok Rimau tentang pertualangan hariannya. Ceritanya pendek-pendek dan menghiburkan. Sesuai dibaca ketika menunggu bas datang, kuliah bermula, kapal terbang berangkat dan kekasih hati siap berdandan.

137. Anarkis (RM 24.00)
Sarjan Awai Anak Gamung adalah salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan di Bosnia di bawah misi IFOR. Kerana terlalu mengikut perasaan, Sarjan Awai telah bertindak di luar batasan dengan membunuh seorang jeneral pasukan tentera Serbia, Jeneral Revan Tanovic.

138. Karkuma (RM 30.00)
Pada suatu malam, hampir semua penduduk Kampung Cendana dibanjiri air mata apabila Gatha Uda dan isterinya Wanis diberitakan mati dalam keadaan tragis dan misteri. Selama hidup mereka sebagai suami isteri, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama KARKUMA, berhati mulia dan memiliki kelebihan bertutur dengan tumbuh-tumbuhan.

139. Galaksi Muhsinin (RM 22.00)
Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa, tetapi bersatu. Mereka maju, tetapi mereka bertaqwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: Menyebarkan rahmat ke serata alam.

140. Jeans & Necktie (RM 25.00)
Peniaga Pasar Malam macam Joe, dipandangnya sebelah mata je. Selagi tak pakai smart-smart, tak pergi kerja pakai kemeja dengan necktie, jangan harap Hasnah nak terima jadi menantu.

141. Opera Angkasa (RM 20.00)
Arman dan krew kapal angkasa Rajawali menjalankan khidmat pengangkutan kargo antara planet. Polisi mereka mudah: Bayar, dan kami akan angkut. Tiada soalan akan ditanya. Satu tugasan mudah, mengiring seorang gadis, Faridah Hanum pulang ke keluarga bapa saudaranya bertukar menjadi perjuangan survival krew Rajawali. Lanun-lanun angkasa dan organisasi misteri memburu gadis itu, dan mereka perlu melindunginya. Tiada siapa sangka, gadis itu adalah seorang daripada Empat Pewaris Kemusnahan yang memiliki kalung Raja Bersiong - penguasa kepada tujuh armada dari tujuh penjuru galaksi. Faridah Hanum adalah kunci bagi menguasai alam semesta. Suatu legenda yang sudah dilupakan. Drama perjuangan umat manusia di angkasa bermula...

142. Mengapa Bayi Anda Menangis (RM 30.00)
Buku ini ada penyelesaian yang pastinya berkesan merungkai kekusutan yang menghantui ibu bapa.

Menangis itu fitrah. Tapi bersebab. Bukan suka-suka.

143. Kill Me With Love (RM 25.00)
Kharlissa tersepit dalam masa lampau, realiti dan angan-angan. Di saat dia ingin berubah, hadirnya Khairul Raheed yang terasa sungguh sempurna. Di saat sayang mula berputik, igauan lampau datang menjengah. Dia tidak layak untuk lelaki itu,. Bagi Khairul Raheed, wanita itu adalah yang terbaik untuknya. Walaupun Kharlissa adalah seorang yang sungguh misteri, tetapi siapalah dia hendak melawan perasaan yang sudah semakin menebal. Ditambah pula dengan tugasnya sebagai seorang anggota polis, menyukarkan dia untuk sentiasa berada disamping wanita itu. Namun Kkahirul Rasheed tidak sedar, profesionnya yang mulia itu membuatkan Kharlissa jadi makin tidak keruan. Tiada masa depan untuk mereka. Dia tidak sanggup untuk menghadapi hakikat itu. Maka, Baiklah Kharlissa mati.

Ya, Kill Me... With Love.

144. Bimbo Taman Suicide (RM 15.00)

Berselindung di sebalik topeng perempuan bimbo, bekas karyawan seni bina, NeemoNeemo, menanam impian– membina sebuah taman dengan papan tanda yang tertulis ‘kini semua orang boleh bunuh diri untuk bina hidup baharu… Tak sakit pun, rasa macam gigit semut sahaja’ sebagai tempat untuk orang membunuh dirinya yang lampau.


145. Peripeteia Tragedi Yunani (RM 15.00)
Mendengar si asshole Nazim Masnawi kata Scott Pilgrim ialah asshole dalam filem ini, saya terus jatuh cinta. Bukan... bukan dengan Nazim, you idiot! Dengan Scott Pilgrim, the film. Nazim Masnawi, on the other hand, adalah sebatang asshole yang nobody suka. - TIGASEGIBULAT -

146. Deus Ex Makian (RM 15.00)
Deus Ex Makian – mengikut konteks buku ini – membawa maksud gemar menyelesaikan masalah dengan melemparkan kata-kata sesat.

Naskhah ini terhasil sebagai usaha untuk menyorot siri peristiwa berdasarkan hemat serta hemah aku. Ia merangkumi dari penghujung dekad lepas hingga ke hari ini. Aku fikir dalam usaha memahami diri sendiri, silap-silap aku dapat memahami orang lain sepam dua. Well…mungkin tak juga, tapi tak ada salahnya disitu, ya tak?

147. Brader Mellow Godforsaken Land dan Cerita Cerita Mat Kilang (RM 15.00)
Stam Mustapha Menulis Cerita - Cerita tentang dia , Kawan - Kawan dia , penyelia dia , dan bos de diámetro ; pendek kata , dia Menulis tentang komuniti estera Kilang Tempat dia bekerja , monja di sana , di bandar Godforsaken Tierra .... Bueno , mungkin guardería tak suka dan suka sekaligus dengan apa yang Stam Mustapha tulis . Tapi , Inilah Cerita - Cerita dia ; melaluinya , sekurang - kurangnya guardería tahu bahawasanya guardería Lebih beruntung dia daripada bekerja kerana JPJ staf sebagai , ajk PENA , mahupun sebagai aktivis teater runcit - runcit .

148. Kanvas, Muharikah (RM 30.00)
Hidup adalah sebuah perjuangan. Begitu banyak yang ingin saya ceritakan, namun tentu begitu terhadnya masa dan ketika. Pernah di suatu hari, ketika saya berjumpa dengan para pesakit ataupun saat menerima banyaknya persoalan menerusi akaun media sosial saya, ternyata satu persoalan yang sama sedang dihadapi oleh banyak orang iaitu; bagaimana untuk mengatasi masalah dalam kehidupan. Hakikatnya, masalah akan sering berlaku. Cuma, bagaimana kita menghadapinya sahaja. Jawapannya ada, cuma kita harus mencarinya.

149. Kakistokrasi – Korupsi Politik & Pemikiran (RM 20.00)
“Kakistokrasi ertinya sebuah pemerintahan di bawah pimpinan orang yang paling teruk dan tidak layak memimpin. Aneh, jika mereka orang yang teruk dan tidak layak, mengapa masih di tampuk kepimpinan?  Namun itulah hakikatnya yang sedang berlaku. Baik di tanah air kita, mahupun di dunia seluruhnya. Orang yang jelik fikirannya, buruk lidahnya, keras hatinya – pendek kata korup dalam dan luar – orang itulah yang menentukan letak duduk urusan-urusan orang ramai, berdiri di tengah pentas berucap lalu didengari ramai,dan disandarkan masa depan padanya.  Hancurkah negara? Hancurkah dunia? Tentulah – kalau tidak ada kumpulan pemimpin lain yang datang menggantikan.   Namun itu mustahil kalau tidak ada yang tekun melahirkan ketumbukan baru pemimpin yang benar-benar layak. Dan itu juga mustahil jika di awal sekali, tiada siapa yang menerangkan apa yang hitam dan apa yang putih, apa yang benar dan apa yang tidak!”

150. Pidato & Strategi Perang (RM 30.00)
Sejak berusia dua tahun, Che Guevara menghidap asma yang dideritai sepanjang hidupnya. Oleh kerana itu, keluarganya berpindah ke daerah yang lebih kering iaitu daerah Alta Gracia (Cordoba). Namun begitu, kesihatannya tetap tidak membaik, Dirinya mendapat didikan awal di rumah, dengan sebahagian besar diajar ibunya sendiri, Celia de la serna

151. Janda & Goda (RM 25.00)
Dia jatuh cinta sebab perempuan ni paling garang antara semua perempuan dia jumpa.
Tapi mak Ady tak berkenan. Gila apa nak bagi anak teruna sunti kesayangan kahwin dengan janda?

Apa, dah mati ke semua anak dara kat bumi ni?

152. Cinta Rimau (RM 22.90)
Hasya Lourdes, Wanita lulusan Sarjana Muda Undang-undang memilih kerjaya penyiasat persendirian berbanding peguam. Bertitik tolak dari takdir ibunya, Hasnah yang dipenjara seumur hayat atas kesalahan membunuh suami, status Hasya sebagai anak tidak sah taraf yang tidak dituntut oleh mana-mana ahli keluarganya memaksanya membesar dikalangan masyarakat Kristian apabila Sebastian Jones, peguambela ibunya yang berbangsa India, mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Keris, harimau Bengal dari Afrika Selatan menjadi penawar sekaligus pemangkin kekuatannya untuk mengemudi bahtera kehidupan. Indahnya dunia apabila Hasya dilamun cinta dengan lelaki penuh karismatik, Bahrain Nasution. Kisah cinta ‘ Antara dua dunia berbeza’ bertukar menjadi ‘ cinta penjuru tiga’ apabila Hasya turut dicintai Rafael, anak tunggal Bahrain. Konflik semakin bercelaru dek etika profesionalisme yang dilanggarnya sendiri di mana Bahrain sebenarnya merupakan suami Regina Ong, klien yang mengupahnya untuk mengintip sang suami. Inikah namanya ‘harapkan pagar, pagar makan padi’?

153. Down & Out Di London & Paris (RM 30.00)
Pukul 7:00 pagi, rue du Coq d'Or, Paris. Kedengaran jeritan-jeritan bengis yang berterusan dari jalan. Madame Monce yang memiliki sebuah hotel kecil bertentangan dengan tempat tinggal saya keluar ke jalan untuk berkata sesuatu kepada seorang penyewa bilik hotelnya di tingkat tiga. Madame Monce memakai kasut besar dan rambut putihnya mengurai ke bawah.

154. Bebas Jangan Sampai Terbabas (RM 20.00)
“Selalu sangat aku dengar frasa ‘aku pergi ke barat, aku melihat Islam’. Bagi aku, orang yang cakap ni memang tak pernah faham betul-betul,Islam tu apa. Aku dulu macam tu juga. Tapi makin lama aku duduk sini, makin banyak perkara aku belajar daripada sejarah, budaya, dan perangai orang-orang sini. Kalau kau tengok daripada luaran, mesti kau akan terpedaya dan kau rasa kagum sangat. Bila kau bergaul, kau lihat setiap tingkah laku dan pemikiran, kau tengok cara diorang selesaikan masalah dan kau berfikir dua tiga kali, kau akan ubah fikiran kau. Kau rasa bila kau ikut cara hidup dan pemikiran mereka, kau betul-betul bebas? Ke terbabas?”

155. Kau Sembah Apa? (RM 25.00)
Buku ini mengisahkan tentang agama-agama di Malaysia, serta ulasan dan kritikan terhadap isu-isu sensitiviti antara agama yang wujud di negara ini.

156. Ekstremis Dua Kutub (RM 20.00)
“Aku nampak sekarang ada dua kutub kefahaman ekstremis yang sedang melanda umat ini. Kutub itu adalah kutub teroris dan juga kutub liberal. Kedua-dua kutub fahaman ini telah membawa imej yang buruk terhadap Islam. Islam tidak difahami dengan benar dan tepat, baik oleh penganutnya sendiri mahupun kepada orang kafir. Pada kutub teroris, umat Islam dilihat sebagai umat yang ganas jahat suka bom orang! Pada kutub liberal pula, umat Islam dilihat terlalu terbuka, sehingga adakalanya mengiktiraf agama lain sebagai benar. Jadi, orang kafir ini pun rasa, buat apa aku nak masuk Islam, agama aku pun benar apa? Kefahaman-kefahaman sesat seperti inilah yang aku akan cuba betulkan melalui siri-siri tulisan aku. Nak tahu lanjut? Mari selak buku ini.”

157. Memoir Bukan Memoir (RM 30.00)
MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang artis terkenal. Bukan seperti memoir biasa, kisah di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu.

158. Musykil (RM 21.00)
Naskhah ini, bukan sekadar memberi gambaran perasaan atau sekadar memaknai gelojak rasa. Ia memotret segala rasa, segala aksi dan segala tema yang mungkin pernah kita lalui sepanjang hidup. Ia menghidangkan kisah-kisah manusia yang sedang dan bakal berlaku dalam bentuk yang paling mengesankan. Ia mungkin juga bakal memperkosa minda matang kita meski, kata cinta-kesunyian-sengsara dan lagi dan lagi itu mungkin sering kita diucapkan sekadar mengisi makna. Tapi percayalah, buku akan memberi tambah nilai kepada kehidupan kalian!

159. Jaguh Deklamasi (RM 15.00)
Buku ini meliputi pengenalan kepada disiplin deklamasi puisi, istilah yang sering diguna pakai, jenis-jenis deklamasi, factor kejayaan deklamator, bagaimana memilih puisi yang sesuai untuk deklamasikan, tema, pengkajian teks puisi, hafalan, penyampaian deklamasi, emosi, elemen muzik, pakaian, props, persediaan mental/ mental, membina keyakinan deklamator, situasi yang mungkin dihadapi para deklamator dan petua menjaga suara.

160. Doubt (RM 21.00)
A woman who hates motherhood... A man has sex with a dead body to win a bet…Two brothers have an incestuous relationship….A man recalls the circumstance that drove his best friend to take his own life... Doubt is a collection of stories that deal with life, love, lust and loneliness. 


161. Bitter (RM 21.00)
A husband kills his wife...a mother eats the flesh of her child...a father cuts his son's throat... a daughter kills her parents to be famous...a son hides his paedophile nature from his mother...family looms large in bitter, a disturbing collection of 13 stories that deal with dreams,desires and dissapointments.

162. Langit Petang (RM 20.00)
Pak Ariff seorang bekas pejuang kemerdekaan. Beliau cukup bersyukur masih dapat bernafas di bumi yang merdeka meskipun beliau tidak mendapat penghargaan atas perjuangannya dulu.

163. Molotov Koktel (RM 28.00)
‘Hai engkau Malaysia, apa konsepsi yang engkau berikan kepada umat manusia, apa konsepsi yang engkau berikan kepada rakyat di Kalimantan Utara? Atau rakyat di Malaya atau rakyat di Singapura?Apa konsepsi yang engkau keluarkan? Republik Indonesia tegas mengeluarkan konsep, PANCASILA, MANIPOL, USDEK, BERDIKARI, TRISAKTI, NASAKOM. Malaysia adalah suatu negara kalau boleh dinamakan, negara TANPA KONSEPSI. Suatu Negara tanpa Ideologi!’

164. Black Widow (RM 21.00)
Aku sering menginginkan lelaki gagah… Bukan gagah yang dilimpahi ringgit, atau cahaya emas, atau saku penuh kerongsang delima. Aku tak perlukan lelaki untuk kepuasan. Aku mahukan lelaki yang luhur. Aku mahu lelaki yang jujur membentengi. Mungkinkah akan kutemu

165. Laut Lebih Indah Dari Bulan (RM20.00)
LEMBU  |  PROSES  |  MATDERIHKOLAPERLI  |  AKU NAK JADI BINTANG  |  LAUT LEBIH INDAH DARI BULAN

166. Melayu Ke Bulan (RM 20.00)
“Buku Melayu ke Bulan adalah sebuah kritik sosial kepada masyarakat Melayu kita di Malaysia. Aku ingin mengambarkan dalam satu sudut lain “blind spot” yang orang Melayu selalu terlepas pandang, kenapa orang Melayu dari dulu tidak maju-maju ‘sangat’. Aku perhatikan, selagi orang Melayu masih lagi buat-buat pekak, sengaja tutup telinga, tulikan mata daripada melihat realiti sebenar yang berlaku depan mereka, sampai mati orang Melayu tak kan sampai ke Bulan. Orang Melayu hanya mampu bermimpi dan berangan-angan, macam frame gambar tengkorak yang korang tengok depan cover buku tu.

167. Dendam Dari Lisbi (RM 15.00)
Seperti Cinta Dendamlah Juga Yang Paling Bebas Hinggap Di Jiwa Manusia

168. Gila Muzik (RM 20.00)
Gila Muzik paparkan perjalanan hidup Meor yang mahu karya-karyanya yang bebas dikongsi dengan orang ramai. Lahir pada tahun 1967, Meor menceritakan kisah hidupanya sehinggalah usianya menjangkau 47 tahun (2014).

169. Super Ptui! & Transit Kaler Magenta (RM 15.00)
Komplikasi yang harus ditanggung oleh tiga beradik yang dibentukkan berbeza oleh suatu sistem yang dalam cerita ini disebut sebagai Bapak. Helium Si Gas Nadir, Maseh Dara., dan Ptuih! telah terdidik sewajarnya sebagaimana kemahuan sistem tersebut.

Berlatarkan sebuah stesen transit pada suatu awal pagi, bila mana Ptuih! yang teracu sebagai berbentuk berontakan, telah melawan Bapak – lagi, sebagaimana sifatnya. Kali ini dia diusir dari rumah. Helium, sang abang yang tinggi pengetahuan tetapi sedikit autisme mengekori, bertujuan memujuk adiknya itu supaya terus bersama keluarga, atau barangkali secara peribadi dia punya keinginan lain.

170. Sotong & Besi (RM 25.00)
“Eeeiii… Dua-dua tak boleh pakai. Tak guna. Sorang dah macam besi stainless steel. Ujan ribut petir pun tak berkarat. Sorang lagi berjalan macam tulang punggung lari.

Dengan tangan terliuk-liuk. Kena badi sotong ke apa?

171. Perlawanan Di Bali (RM 25.00)
Pembangunan di Bali semakin tidak terkawal dan tidak manusiawi, siapapun yang pernah ke Bali pasti menyedari hal ini dengan lambakan hotel dan kesesakan jalan raya yang menghampiri Jakarta.

172. Media = Setan (RM 25.00)
Media = Setan ini menceritakan bagaimana kejahatan yang begitu rapi direncanakan, disusun dan dikuasai akan menghasilkan realiti-realiti kejahatan yang sempurna.

173. NOTA (RM 19.90)
Dalam menghasilkan novelnya yang kedua, Ray cuba menyelami kisah hidup seorang wanita yang telah dituduh membunuh penculik anaknya dengan kejam. Kata Rekha, sewaktu polis tiba di tempat kejadian, wanita itu didapati sedang memegang tukul besi manakala baju dan mukanya berlumuran darah. Darah terpercik hingga ke siling, DNA mangsa ada di mana-mana tetapi tubuh mangsa hilang tanpa dapat dikesan. Ray telah diberikan dengan beberapa siri nota yang ditulis oleh wanita itu sendiri untuk mengetahui kisahnya yang sebenar. Tugas Ray, dia hanya perlu membaca nota itu hingga sampai ke penghujung.

174. Laki Aku Negro (RM 15.00)
“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?” 

175. ASRAMA (RM 19.90)
“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

176. Sembelih (RM 20.00)
Mereka mungkin berteduh di bawah bumbung yang sama.

Tapi apa yang yang mereka rencanakan berbeza-beza.



177. LARI (RM 19.90)
Perlahan-lahan aku buka pintu bilik aku, kosong di luar. Bunyi bising dalam bilik mereka berterusan tanpa henti. 
Aku capai beg dan dompet lalu terus tinggalkan bilik itu. Pantas aku turun ke tingkat bawah lalu keluar dari pintu utama. Aku sarungkan kasut kulit berwarna hitam aku yang digunakan ke sekolah lalu berjalan secara reverse sambil badan menghadap pintu masuk rumah.

178. CERPEN (Nadia Khan) (RM 18.90)

Buku CERPEN ini menghimpunkan 17 cerita pendek dan juga 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Kebanyakannya ditulis dan diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya KELABU muncul pada Disember 2011.

179. HORROR STORIES (RM 24.90)
Over 15 years in the making, this is a mid-career retrospective by Malaysia’s prince of darkness Tunku Halim

180. Psiko: Nota Dari Bilik Gelap (RM 22.00)
Pada mulanya, dia anggap benda itu normal. Dia fikir itu cuma nota biasa daripada lelaki biasa yang jatuh hati padanya. Tapi mungkin dia salah. Apabila berterusan menerima nota sebegitu, dan isinya semakin pelik, Alisa mula tidak senang duduk. Setiap langkahnya seakan diperhatikan. Mungkin itu hanya satu permainan untuk Alisa? Atau mungkin nota dari bilik gelap itu satu peringatan atas dosa-dosanya yang lampau?

181. Dua Nyawa (RM 20.00)
Dikala manusia sejagat selesa dengan kemudahan yang ada - mereka digemparkan dengan satu berita yang tidak dijangka - yang kemudian mengundang tercetusnya huru-hara. Aliya, Dinda dan Vincent bertemu di tengah kemusnahan. Dan pada mereka, pertemuan itu hanya kebetulan. Tapi mereka silap, ada agenda yang telah diatur. Segala kemusnahan yang berlaku hanya membuktikan satu perkara - setiap manusia itu hanya pentingkan diri sendiri.

182. Kelibat Setan (RM 22.00)
NOVELLA KELIBAT  |  NOVELLA SETAN

183. PARANOIA (RM 19.90)
Sambungan kepada novel bestseller PARANORMAL. 

184. AWEK CHUCK TAYLOR (RM 20.00)
Kisah seorang mamat bernama Hafiz, yang bertemu dengan seorang gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Pertemuan ini mencetuskan beberapa ledakan aneurysm kepada korteks serebrum, serta perhubungan dengan adik-beradik Mira, Aiman dan Nana yang menjadi semakin akrab. Dan keakraban itu mencetuskan cinta tiga segi antara Hafiz dan adik Mira, Nana.

185. PARANORMAL (RM 18.90)
Anda ada masalah misteri yang ingin diselesaikan? IDBW Investigations sedia membantu (kalau anda sedia membayar).

Syarikat kecil ini mengambil upah menyiasat kes-kes PARANORMAL.

186. BADUT (RM 17.90)
(Versi Bahasa Malaysia untuk novel Indonesia BADUT OYEN.)

187. AWEK CHUCK TAYLOR 1 : KAPSUL MASA (RM 23.00)
Aku mengalami writer's block. Dalam usaha mengatasi tekanan, aku keluar berjalan-jalan. Aku pergi ke sebuah warung tomyam menjual sup cendawan istimewa. Bungkus, bawa balik.

188. TRILOGI AJAIB #2: awan (RM 21.90)
Budak ajaib - aku suka panggil Izaq begitu sebab dia ada deria keenam. Dia pernah cakap yang dia bagaikan bintang, aku pula bagaikan awan, kami bersahabat baik, kawan rapat, BFF - labelkan apa saja tentang bersahabatan kami (asalkan bukan gay couple)

189. TRILOGI AJAIB #3: aksara (RM 19.90)
Bayangan Nadhirah juga menjadi persoalan apabila rakan-rakan lama Izaq menafikan kewujudan gadis itu. Ah, sudah. Apa yang kau cuba nak sampaikan kat aku ni?

190. A MALAYSIAN RESTAURANT IN LONDON (RM 19.90)
Kenny Leong, a university student, and his two brothers open a restaurant in London. 

His Irish friend, Trevor, helps out as a waiter. At first the restaurant is a failure but when the junior chef, Faizah, cooks up a new mysterious Malay dish, everything changes for them all.

191. MEREKA (RM 19.90)
Tiba-tiba satu suara tangisan masuk ke dalam telinga. Aku kembali merapatkan diri pada pintu tandas, dan mengetuknya. “Ada orang kat dalam ke?” Suara tangisan itu masih ada. Aku menarik nafas dalam-dalam, dan menolak perlahan-lahan pintu tadi.

192. KAMPUNG (RM 19.90)
Dalam dunia ni, bila hang hilang sesuatu, barulah hang akan menghargai yang lain. Bila hang ada sesuatu, kadang-kadang hang akan menzalimi yang lain

193. VELVET (RM 19.90)
Untuk meraikan harijadi Mira ke-20, tujuh tahun dahulu, Akim melamar dirinya untuk menjadi kekasih hatinya— sambil disaksikan sebiji kek Red Velvet di hadapan mereka. 
Tetapi Akim menerima sepucuk kad RSVP dan sebuah kotak hadiah setinggi 6 kaki yang bakal mencemar majlis perkahwinannya. Adakah Mira berkesempatan untuk memotong kek Red Velvet pada hari persandingan mereka?

194. TRILOGI AJAIB #1: ajaib (RM 19.90)
Buku pertama dalam trilogi AJAIB.
“Cikgu, masalah saya, saya boleh nampak hantu. Cikgu yakin cikgu boleh tolong saya?”

195. REVOLVER (RM 19.90)
Pasukan Ares (sebutan: aer-is)  merangkumi empat orang individu berumur 21 tahun. Hafiz, Takwa, Saleha, dan Fazlin. Pasukan yang ditubuhkan beberapa bulan lalu atas arahan Ekx.

196. HUNGRY IN IPOH (RM 19.90)
HUNGRY IN IPOH compiles 15 short stories based on Ipoh—a city famous for its delicacies. These are tales about different people—both locals and outsiders, from the past and the present—and their connection to the city. 



No comments:

Post a Comment