Donut Gebu Tanpa Uli Yang Harus Dicuba


Resipi yang satu ni boleh dikatakan TERSUKA TANPA SENGAJA . Pada asalnya mencari resipi donut yang simple, mudah tanpa menggunakan telur tapi masih tetap menghasilkan donut yang gebu dan lembut. Disebabkan ramai yang dah cuba resipi ni memberikan feedback yang positif so, decide untuk mencuba . Bila dah cuba "TERSUKA" dan dah berapa kali buat donut dengan menggunakan resipi ni.

Tambahan pulak perkataan "TANPA ULI" tu cukup menarik. Ya la kan kalau tanpa uli pun donut yang terhasil dah gebu inikan pulak kalau "Cik Bread Maker" yang tolong ulikan.

Cam biasa buat donut saiz kecil-kecil untuk memudahkan anak-anak nak makan.


Ikutkan kat blog ni banyak entry donut dan pelbagai resepi donut yang  dah dicuba, antaranya:

  1. Donut Kentang
  2. Donut dengan topping
  3. Donut Mulus 
  4. Donut Mini
  5. Donut Suria
  6. Donut Sosej
  7. Donut Keledek
  8. Donut Berlin (Berliner)
  9. Donut Minyak (Gebu)
  10. Donut Lembut Ha sue
  11. Donut Pisang
  12. Donut Frozen
  13. Donut Gebu
  14. Donut Gebu (Baking Powder)
  15. Donut Lembut dan Gebu
  16. Donut Gebu (Kunig Telur)
  17. Burger Malaysia dari adunan Donut Gebu
  18. Donut Gebu Tanpa Uli



Terpulang pada kalian untuk menggunakan mana-mana resipi pun. InsyaAllah betul cara dan teknik, donut yang terhasil pasti tidak mengecewakan.

DONUT GEBU TANPA ULI

BY Che Eda
daridapuraida.blogspot.com

Bahan
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula

- campurkan bahan ni dan biarkan kembang

4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

-ramaskan bahan2 ni hingga jai macam serbuk roti.
-Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
-Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
-Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha
-Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng.
Untuk frozen goreng sekejap je ye. 

1 comment:

  1. Waaa...macam-macam donut ada.
    Tak pernah cuba buat donut lagi.
    Tengok gambar ni terliur

    ReplyDelete