Kamus Dewan untuk anak sekolah


Pernah tak terfikir bagaimana bermulanya sejarah kamus?
  • Siapa yang mula-mula memperkenalkan kamus
  • Bagaimana rupa kamus lengkap yang pertama
  • Di Malaysia , tahun bila kamus mula digunakan
Bagaimana pula dengan kalian, 
  • Bila kalian mula menggunakan kamus
  • Kamus pertama yang kalian guna adakah kamus bahasa melayu, kamus BM - BI atau BI - BM , atau kamus arabic? 



Sedikit sejarah berkaitan penggunaan kamus dari wikipedia

Tradisi perkamusan merupakan satu tradisi yang lama dalam sejarah umat manusia. Usaha menyusun kamus seawal-awal boleh dikesan pada abab ke-7 SM di Mesopotamia. Pada abad ke-2M, kamus yang lengkap sudahpun diterbitkan oleh manusia. Contohnya, di Negara China pada zaman Dinasti Han, telah muncul sebuah kamus besar yang berjudul 说文解字(Perbincangan Kata-kata). Kamus ini merupakan sebuah kamus yang lengkap dan masih berfungsi sehingga hari ini. Huraian mengenai sejarah perkamusan bahasa Melayu adalah seperti di bawah:


Peringkat awal (1403-1800)
Tradisi Perkamusan Melayu boleh dikesan seawal-awal pada zaman Kesultanan Melaka. Kamus Melayu yang terawal merupakan sebuah kamus yang berupa daftar kata Melayu-Tionghua. Secara umumnya, perkamusan Melayu pada peringkat ini mempunyai ciri-ciri seperti dibawah:

  • Penyusun yang terdiri daripada orang bukan Melayu.
  • Kamus yang dihasilkan berupa Daftar Kata dan Dwibahasa.
  • Disiplin Leksikrografi yang longgar.

Keadaan ini berlaku kerana orang bukan Melayu didesak oleh keperluan komunikasi dengan orang tempatan dalam perdagangan. Maka dengan itu orang bukan Melayu telah mengusahakan "Kamus Melayu-Asing" bagi memenuhi keperluan diri mereka. Selain daripada keperluan perdangangan, penyusunan kamus ini juga didorong oleh pendakwahan agama Kristian. Contoh-contoh kamus(daftar kata) yang dapat dikesan pada zaman ini adalah seperti di bawah:

  • Spraeck ende woordboek, Inde Malaeysche ende Madagaskarsche Talen met vele Arabishe ende Turesche woorden(Kamus Melayu-Madagascar; Arab-Turki) susunan Frederick de Houtman tahun 1603.
  • Ductch Malay-Malay Dictionary susunan Peter Floris tahun 1604.
  • ''Vocabularium ofte woortboeknaer order vanden Alphapet in`t Duystsch-Maleysch ende Maleysche Duytsch(Buku Perbendaharaan Kata-kata Melayu-Belanda dan Belanda-Melayu) susunan Caspar Wilt ens dan Sebastianus Danckaerts tahun 1623. Kamus Melayu – Itali oleh Antonio Pigafetta pada suku pertama abad ke-16. [1]

Selain contoh-contoh di atas, terdapat banyak lagi Kamus dwibahasa yang dihasilkan pada zaman itu.

Peringkat perkembangan (1800-1950)
Pada peringkat ini terdapat banyak kemajuan dalam perkamusan Melayu. Ini adalah disebabkan oleh munculnya beberapa penyusun Kamus yang bersungguh-sungguh dan profesional sama ada daripada golongan Inggeris dan juga tempatan. Tokoh-tokoh perkamusan pada zaman ini adalah seperti dibawah:

  • Kamus Melayu – Inggeris oleh Thomas Bowry pada awal abad ke-18
  • Masrden - Pertama kali menggunakan kaedah sainstifik untuk menyusun kamus. Hasilnya ialah A Dictionary of Malay Langguge pada tahun 1812
  • R.J. Wilkinson (1901, 1908, 1932) [2]
  • W.G. Shellabear (1902, 1916)
  • R.O Winstedt - Seorang sarjana Inggeris yang produktif yang telah menyusun banyak kamus. (1913)
  • Muhammad Idris Abdul Raof Al-Marbawi - Seorang penyusun kamus yang menyusun Kamus Idris al-Marbawi: Arab-Melayu pada tahun 1931. Kamus ini telah berjaya memenuhi keperluan Masyarakat Melayu dalam bidang agama. Ia telah mendapat sambutan yang hangat dan telah diulang cetak sebanyak 24 kali.

Peringkat kematangan (1950~)
Selepas tahun 1950, telah muncul beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1951 yang telah menyimpan 20 ribu entri. Selain itu, terdapat juga beberap Kamus Besar muncul pada zaman yang sama. Perkamusan pada peringkat ini telah diterap dengan tujuan yang baru iaitu pembentukan kamus normatif yang menengahkan penggunaan bahasa yang "betul".


Dibawah antara senarai Kamus terbitan Dewan Bahasa dan pustaka :

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT (HARGA EKONOMI)
TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA ( HARGA EKONOMI)

KAMUS SIMPULAN BAHASA EDISI KEDUA

TATABAHASA DEWAN BUKU 1: BENTUK KATA (EDISI SEKOLAH RENDAH)

TATABAHASA DEWAN BUKU 2: GOLONGAN KATA (EDISI SEKOLAH RENDAH)

TATABAHASA DEWAN BUKU 3: BINAAN AYAT (EDISI SEKOLAH RENDAH)

KAMUS ISTIMEWA PERIBAHASA MELAYU EDISI KEDUA

KAMUS PELAJAR BAHASA MELAYU DEWAN EDISI KEDUA

Dibawah antara kamus bergambar untuk kanak-kanak:

KAMUS CERIA SAYA

KAMUS DINAMIK SAYA

KAMUS BESTARI SAYA

KAMUS PERTAMA UNTUK GENIUS SOLEH

KAMUS AWAL SAYA


Jika berminat untuk membeli kamus klik sahaja link di bawah :

---> Beli Disini <---

Atau

Whatsapp "Tajuk Buku" ke 0192513447


No comments:

Post a Comment