Kek Chiffon Pisang Kelat


Dah agak lama tak buat kek chiffon. Last entry tentang kek chiffon bulan Jun tahun 2012 dan sejak itu la jugak tak membuat kek chiffon menggunakan acuan kek berlubang ditengah ni. Kiranya selama tempoh hampir 4 tahun ni, acuan chiffon tu memang duk terperap dalam box sahaja.

Selepas sekian lama acuan chiffon tu tak digunakan, akhirnya beraksi semula. Kali ni mencuba kek chiffon pisang pulak. Kebetulan ada pisang dirumah, hentam sahaja la walaupun pisang tu cuma pisang kelat. Alhamdulillah walau hanya menggunakan pisang kelat, kek yang terhasil tidak mengecewakan



Cuma dari segi rasa tu mungkin kurang sikit la kot jika nak dibandingkan kek yang menggunakan pisang emas atau pisang berangan. Sebelum ni saya dah cuba buat roti dan donut menggunakan pisang kelat. Sedap jugak...ditekak kami la tentunya kan.

Kat bawah ni antara resipi kek chiffon yang saya pernah kongsi
  1. Stawberry Yogurt Chiffon cake
  2. Kek Chiffon pelangi
  3. Hokkaido Chiffon Cupcakes with Custard Filling
  4. Golden Chiffon Cake
  5. Raisins/Cranberry Yogurt Chiffon Cake



Resipi Banana Chiffon Cake / Kek Chiffon Pisang  
: Ida Osman

Bahan-bahan;

  • 6 biji kuning telur
  • 40gm gula caster
  • 60ml minyak
  • 170gm pisang masak dilecek
  • 110gm tepung gndum
  • 1/4st baking powder
  • Beberapa titik esen pisang
  • 5 biji putih telur
  • Secubit garam
  • 90gm gula caster


Cara membuatnya:

  1. Putar kuning telur bersama gula hingga putih gebu. Masukkan minyak, putar lagi. Masukkan pula esen, diikuti dengan pisang lecek, tepung dan baking powder
  2. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur dengan garam. Setelah telur kembang..sambil memutar, masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar laju hingga menjadi meringue
  3. Kaup balik meringue ke dalam adunan pisang. Pastikan kesemua bahan teradun rata dan sempurna.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang kering dan bersih. Hentak beberapa kali
  5. Bakar suhu 160 sehingga masak
  6. Terlangkupkan loyang berisi kek bagi mengelakkan kek menjadi kecut
  7. Keluarkan kek dari loyang setelah sejuk 

No comments:

Post a Comment