Resipi Kari Ayam Tanpa Santan Yang Kontroversi


Kenapa Kontroversi?

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa yang kontroversinya dengan kari ayam tanpa santan ni. Bagi yang mengikuti Group Masak Apa Hari Ni... (MAHN) di facebook mungkin mengetahui serba sedikit kisah resipi Kari Ayam Tanpa Santan dan apa yang menyebabkan ianya pernah menjadi kontroversi.


Cerita berkaitan resipi kari ayam tanpa santan ni pun dah agak lama dan dah "sejuk" dah pun. Tak perlu la nak dipanaskan semula kan. Walau apa pun kontroversi yang melanda resipi ni sedikit masa dulu, pada saya resipi yang satu ni bak kata omputih ianya "Worth to Try". Memang berbaloi sangat la untuk kalian cuba, terutama kalau tetiba tekak teringin nak makan kari tapi santan pulak tiada.

Untuk resipi kalian boleh rujuk gambarajah dibawah.

Secara ringkasnya untuk membuat Kari Ayam Tanpa Santan bahan yang diperlukan ialah;

  • Ayam
  • Bawang Besar
  • Kentang
  • Tomato
  • Cili & cili padi
  • 4 sekawan (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • Daun Kari
  • Serbuk Kari
  • Serbuk kunyit
  • Paste bawang putih + halia
  • Minyak masak
  • air


Cara membuatnya ;

  1. Tumis 4 sekawan dengan minyak
  2. Masukkan bawang dan daun kari
  3. Kemudian masukkan cili dan cili padi
  4. Masukkan pula ayam berserta serbuk kunyit dan paste bawang putih + halia - sebatikan
  5. Biar sehingga ayam masak separuh 
  6. Kemudian masukkan serbuk kari - gaul rata
  7. Masukkan sedikit air dan biar rempah masak dan pecah minyak
  8. akhir sekali masukkan air secukupnya berserta tomato dan garam
  9. siap



No comments:

Post a Comment