Drama adaptasi novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil


Drama bersiri 16 episod yang diterbitkan oleh Pena Creative Picture Sdn Bhd ini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di saluran Astro Ria and Astro Ria HD, bermula 4hb Februari 2016.


Rata-rata yang mengikuti drama ini memberikan feedback positif terhadap gandingan Shukri Yahaya dan Janna Nick sebagai peneraju utama. Begitu juga dengan lakonan Mark Adam, walaupun sedikit kaku namun berjaya mencuri perhatian penonton dengan gaya bersahajanya.

Persoalan yang mungkin timbul dikalangan penonton drama adaptasi ialah ;
" Adakah jalan ceritanya sama dengan novel atau sebaliknya?
Bagi yang belum membaca Novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil, kalian boleh mendapatkan novel ini pada harga RM 30 dengan cara :



membuat belian secara online dengan  klik link di bawah :

---> Beli Disini <--- 

Atau 

Whatsapp "Suami Tanpa Cinta" ke 0192513447

Sinopsis Novel Suami Tanpa Cinta

“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”

Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.

Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”

Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”

Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”

Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”

Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”

Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...


“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”

Sinopsis Drama Adaptasi Suami Tanpa Cinta

Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.

Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.

Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.

Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.

Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid)
Janna Nick sebagai Ain Syifa
Cristina Suzanee sebagai Alesya
Sarah Hildebrand sebagai Adura
Mark Adam sebagai Rafael
Wan Sharmila sebagai Rozalinda

LAGU TEMA / OST SUAMI TANPA CINTA
Lagu : Mungkin Saja
Penyanyi : Janna Nick

No comments:

Post a Comment